Bila Dah Tidur, Saya Tengok Dompet Suami Tinggal RM2, Patut Saya Perasan Mata Dia Merah

Gambar Sekadar Hiasan & Carian Google. Mendirikan rumah tangga tidak mudah seperti yang disangkakan. Alam rumah tangga bukan hanya memerlukan dua hati yang saling mencintai. Kebahagiaannya bukanlah seperti alam fantasi mahupun yang sering dipaparkan di media sosial.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa jumlah perkahwinan meningkat tahun demi tahun. Namun, bukan itu sahaja, bilangan perceraian turut mencatatkan angka yang tinggi.

Perkara penting yang kita semua perlu sedar ialah perkahwinan merupakan sebuah ladang pahala. Ia adalah salah satu perkara yang boleh menarik rezeki dan dengan pernikahan juga anda telah melaksanakan ibadah yang paling besar ganjarannya.

Memang, alam rumah tangga itu tampak indah begitu juga dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai penambah rasa kepada perjalanan setiap pasangan.

Jangan berkahwin apabila melihat orang lain berkahwin, Jangan berkahwin hanya kerana anda ingin mengikut trend atau sebab takut hidup single. Tetapi, niatkanlah ia kerana Allah.

Dengan menjadikan berumah tangga itu sebagai ibadah, maka dengan izin Allah SWT segalanya akan dipermudahkan.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana up cerita saya. Kepada yang “mengaku sayang suami” kalau suami dah sampai ke tahap ni janganlah ditaagih lagi emas permata, sebaliknya peluk erat tuubuh lemah mereka. Disaat ini tiada yang lebih berharga berbanding sang isteri yang memahami.

Hari ni kandu ngan masuk bulan ke5.. Alhamdulillah, sihat dgn izin Allah s.w.t.. Bila tgok suami menangis sb duit gaji xcukup nak cover itu ini.. sya diam.. sya sedih tpi saya xmenangis depan suami… suami juga tak menangis depan saya, tpi saya perasan mata suami merah.

Bila dia tidur saya check dompet dia, Allahu.. Tinggal RM2… sya check. balanced dalam akaun maybank suami dengan maybank2u.. Allahu, tgal lagi RM50… Dlm hati mcm mana suami nak tampung belanja rumah, lagi 2 mgu baru gaji.. Hjung mggu suami ajak balik kg, saya tahu suami nak pinjam duit dari mak dan abah mertua..

Saya diam, saya tak tanya apa2.. saya cuma mengangguk apa yg suami kata.. saya ikut dia balik rumah mertua.. Sepanjang perjalnan suami diam, saya tahu suami susah hati.. Saya cuma tak henti2 berdoa, walau apa usaha suami utk mencari rezeki, sya minta Allah s.w.t mudahkan..

Sepanjang pindah ke tengah2 bandar, bukan sekali suami minta tlg dgn mertua.. Tapi alhamd, mertua selalu memahami. Gaji suami xbesar mana, saya tak bekerja, komitmen sana sini.. saya cuba cari kerja, tpi barangkali belum ada rezeki..

Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan, saya terpanggil untuk berniaga. Suami tgok keadaan saya dgn mengan dung, jalan pun kadang2 mcm itik sebab perot makin membesar, dia melarang saya. Tapi saya yakinkan dia saya sihat, saya boleh bantu dia. Saya minta dia beri keizinan dan doakan saya.

Alhamdulillah, suami akur. Dia tahu saya penat, tpi saya sembunyi, sebab itu dia selalu bantu saya tanpa saya suruh. Sambil dia tlg saya, ada masanya mata dia xberkedip pandang saya, pandang perot saya, saya perasan, tpi saya buat tak tahu. mcm2 sya ajak dia bergurau, semata2 saya tak nak suami sedih.. tak nak dia melayan perasaan dan apa yg sedang bermain difikiran dia..

Saya ckap dengan suami, jgn sedih tgok saya tlg dia, ini kepuasan saya. Saya tak pernh bagitahu dia yg saya selalu menangis saat pndang muka dia bila dia dah nyenyak tidur..

Dalam hati saya, suami ini Allah s.w.t hdirkn dgn kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dia melengkapi kekurgan aku, dan kekurangan dia cuba utk aku sempurnakan dgn kelebihanku…

Buat Suami, inilah suami pertama dan ini juga yg terakhir jika diiznkan Allah s.w.t.. Tak pernah mengharap yg lbih baik kerana kebaikan akan datang jika kita memberi kebaikan. Terima Kasih utk sepanjang bersama.

Walau ada saatnya tak lari dri perasaan terluka sesama sendiri… namun, kekuatan dan kesabarn yg dimohon dri Allah s.w.t itu jauh lebih baik… moga Allah s.w.t memberkati semua hubu ngan suami isteri didunia ini. aaminn. Sumber: keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published.