Tahniah. Sekitar Gambar Dan Video Majlis Perkahwinan Pelak0n Serta Pengacara Zulin Aziz

Kuala Lumpur – Dengan sekali lafaz, Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, 35, di Masjid Negara di sini, pada jam 9.20 pagi tadi.

Majlis akad nikah berlangsung mengikut p.rosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara MKN dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur JAWI.

Pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis akad nikah, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran RM 30,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM 80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Bekas penyampai radio Suria FM itu berharap kehidupan bersama suami dipermudahkan.

“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

“Namun, sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan ditempuhi. Di alam realiti, saya melalui pahit g.etir dalam mencari cinta sejati.

“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi selepas hujan.

“Akhir tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.

Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan membuatkan dirinya tertawan.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga pendengar setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja.

“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sejak zaman saya berisi dan berjaya menurunkan berat badan.

“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak, Insya-Allah,” katanya.

Mengenai zuriat dan perancangan bulan madu, Zulin berkata, dia dan suami belum dapat memberi kata p.utus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.

“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan beri. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.

“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi. sambil bekerja, selitlah mana sempat untuk berbulan madu.

“Rancangannya macam hendak pergi Turki, tetapi situasi semasa pa.ndemik C.0VID19 membimbangkan. Belum ada kata p.utus,” katanya.

Sementara itu, Farhan atau nama penuh, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin sebagai wanita berhati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarga.

“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan seterusnya bercinta dan kini jadi suami isteri.

“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.

“Kami pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia bersama saya di saat mengharungi detik paling h.itam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu, Oktober tahun lalu.

“Sejak itu, saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup sem.ati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah.

“Zulin ada ciri-ciri lengkap itu,” katanya.

Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam. Zulin dan Farhan bertunang pada 28 Januari lalu.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.