Percutian 5 Sekeluarga Di Semporna Diselubungi Misteri, Lembaga ‘Berambut Panjang’ Cuba Mengelak Di Koridor Hotel

LIMA sekeluarga tidak menyangka di sebalik percutian mereka turut diselubungi dengan misteri kemunculan lembaga hitam.

Begitulah pendedahan seorang wanita menerusi satu video di laman sosial sehingga tular.

Menerusi rakaman berdurasi 30 saat, kelihatan suami dan anak-anaknya melalui koridor antara bilik-bilik sebelum satu kelibat hitam melintas dan memasuki salah satu pintu bilik yang tertutup.

“Kejadian masa duk (menginap) hotel. Tak sangka pula ada benda hitam. Perhatikan betul-betul,” tulisnya menerusi video yang dimuat naik pada Selasa.

Video

 

Antara Komen Netizen,

hotel biase bnde2 ni sis..sy kje hotel 3thn mase bujang dlu pnat dh asyk kne kcau..kerap nmpk die lalu..mule2 tkt..lame2 nmpk pn buat xtau je..😅

menakutkn…kalau nk gi bercuti..sblom msuk bilik bca Alfatihah dn ayat kursi…

prnah kene..check tgh mlm…tp kakak ponti dah check in dlu…terpacak

Pnah kna dlu ank 2 tahun bawak hotel satu mlm xkisah tido. Last bk rupa bnda tu ikut bk berubt n ustaz sbb ank meragam

bnda wajib bwk bila travel radio Quran yg kecik tue..pasang dlm bilik..

cerita staff. sbuah hotel di kuantan. kisah makhluk halus mnyerupai ibu dan anak. kadang kala waktu malam, meneman anaknya main di parking basement 👍

dri cahaya yg malap. lpstu kmera trlaju pusing jd akn nmpk seolah bnda htm lalu..hmm l ssah nk trangkn

mana2 hotel semua ada perkara mcm ni…sebab hotel banyak bilik yg tak berpenghuni kadang2…hotel tempat bermaksiat banyak…mmg comfirm benda tu ada

saya permah kena dekat hotel di Kota Jakarta Lama, check in dh mlm masa tengah tido dengar riuh rendah kat luar bilik mcm ramai sgt org. bila pagi tgk

biasaler tetamu baru sampai..mn2 tempat pun ada cuma perasan atau tidak…mahkluk Allah…

Bercakap kepada mStar, Lina Mayuk berkata, kejadian berlaku ketika menginap bersama keluarganya di sebuah hotel di Semporna, Sabah pada akhir Februari lalu.

Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, dia hanya menyedari misteri lembaga hitam di dalam video yang dirakamnya selepas pulang dari bercuti ke rumah di Tawau.

“Saya sekeluarga bercuti di Semporna, jadi saya saja-saja rakam gambar dan video satu famili termasuk di hotel yang kami menginap selama dua malam.

“Video tu panjang, cuma bahagian yang ada lembaga yang ada lembaga tu saja yang saya baru upload. Rasa macam ada muka dan berambut panjang,” katanya ketika dihubungi.

misteri lembaga hitam 3

EdaQ bersama anak-anak di koridor hotel.

Mengakui terkejut dengan penemuan misteri itu, dia yang lebih dikenali sebagai EdaQ berkata, rakaman itu ketika dia dan suami yang berumur 39 tahun serta tiga anaknya dalam perjalanan ke bilik selepas makan malam di sebuah restoran berdekatan hotel berkenaan.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam. Masa tu saya rakam macam biasa, tak ada pula rasa meremang bulu roma.

“Dalam rakaman, benda hitam tu seperti mengelak apabila suami saya berjalan di hadapan ‘benda’ tu. Seperti ‘melarikan diri’,” ujarnya yang berasal dari Tawau.

misteri lembaga hitam 2

EdaQ (kanan) bersama anak bongsu di bilik hotel.

Menurut suri rumah itu, suami dan anak-anaknya bagaimanapun tidak melihat sebarang kelibat ketika melalui koridor untuk ke bilik di tingkat satu hotel bajet itu.

“Baru pertama kali kami menginap di hotel itu. Keadaan macam biasa, cuma apabila datang ke tempat baru, ada juga rasa seram.

Rasa macam ada yang sedang perhatikan kami. Bila malam tu rasa macam ada yang pakai tandas, dengar bunyi percikan air.

“Bilik hotel tu selesa tapi rasa macam ada yang sedang perhatikan kami. Bila malam tu rasa macam ada yang pakai tandas, dengar bunyi percikan air,” katanya.

Namun, EdaQ berkata, dia tidak mengambil peduli mengenai ‘keseraman’ yang dilaluinya kerana apa yang lebih utama adalah tempat untuk bermalam buat mereka sekeluarga.

misteri lembaga hitam 4

Keadaan koridor hotel pada waktu malam.

“Kalau saya perasan lembaga hitam tu dalam video masa menginap di hotel, saya akan tetap stay di situ. Selagi ‘dia’ tak mengganggu ketenteraman okay je,” ujarnya.

Tambahnya, ketakutan tidak timbul dalam dirinya kerana suaminya yang bekerja sebagai buruh juga tidak mudah terpengaruh dengan kejadian mistik seumpama itu.

misteri lembaga hitam 5

EdaQ (kanan) bersama suami dan anak-anak.

“Suami saya biasa-biasa saja, cuma dia tak takut dengan benda-benda tu. Sebenarnya ‘benda’ tu pun macam mengelak bila suami saya lalu depan ‘dia’.

“Bagi saya, tak perlu takut dengan mereka (makhluk halus) sebab mereka pun sama makhluk seperti kita. Beranikan diri, insya-Allah ‘dia’ pun tak berani kacau,” katanya.

Video ‘misteri lembaga hitam’ yang dikongsi EdaQ menerusi aplikasi TikTok meraih lebih setengah juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.