Tidak Dibenarkan Melawat Ayah Di Wad Kerana Pakaian. Selepas Kecoh Dimedia Sosial Ini Respond Pihak Hospital

#Gambar laluan wad diatas hanya contoh

Tular di Twitter ciapan seorang pengguna, Eliza Nathaniel meluahkan kekecewaan apabila dihalang pengawal keselamatan ketika ingin melawat bapanya yang sedang dirawat di wad kecemasan di Selayang.

Alasan mereka adalah disebabkan wanita itu memakai kain pendek dan tidak menepati skop pemakaian pelawat di hospital.

“Saya telah dihalang masuk untuk berjumpa ayah saya di wad kecemasan di Selayang bukan sebab kes Covid-19, kawan-kawan, bukan sebab tidak dibenarkan (sebab satu orang dibenarkan pada satu masa) tetapi kerana saya dianggap berpakaian tidak sesuai.

“Saya ditegur dengan kuat, kenapa pakai kain pendek, cepat keluar, apa semua ini dan ini adalah perkara kecemasan, ingat saya sempat nak berfikir atau tukar pakaian sedangkan ayah saya berada dalam situasi kecemasan,” ciapnya kemarin.

Jelasnya, dia agak terkilan mengapa terdapat halangan untuk seseorang anak melawat bapanya yang kritikal dan berada dalam wad kecemasan hanya kerana kain yang dipakainya kurang satu inci daripada paras lutut.

“Bayangkan kalau bapa saya mati waktu itu dan saya tak sempat tengok dia kali terakhir walaupun saya dah ada di hospital tetapi sebab pakai kain pendek, hanya kena berada di luar,” luahnya.

Pihak Hospital Beri Respond

Setelah apa yang terjadi tular di media sosial. Pihak hospital telah pun menghubungi beliau dan menjelaskan apa yang terjadi.

Menurut pihak Hospital, pengawal keselamatan yang menghalang dia masuk untuk melawat kini berada dalam siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE / @elizanathaniel 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.