Wanita Ini Terkejut Bila AJK Masjid Tunjuk Dimana Ruang Solat Wanita. Ayat Yg Dikeluarkan Oleh AJK Betul Buat Wanita Ini Kecewa

Sebak dengan situasi yang berlaku, malah turut tidak menyangka masjid besar serta cantik tidak mampu untuk menyediakan ruangan solat yang elok.

Luahan itu telah dilakukan oleh seorang wanita di Facebook, dimana beliau hampir menitiskan air mata ketika menunaikan solat di sebuah masjid bertempat di Alor Setar.

Menurut beliau pada permulaan luahan di platform media sosialnya itu, apabila sudah ‘penat’ berpusing di dalam masjid itu untuk mencari ruangan solat buat wanita, dia pun bertanya kepada seorang pakcik yang dipercayai merupakan AJK masjid terbabit.

Bagaimanapun, beliau berasa teramatlah terkejut apabila mendapati lokasi ruangan solat wanita yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid terletak di bahagian belakang dimana amat dekat dengan tandas.

Lebih membuatkan dirinya berasa kecewa, bila beliau bertanya kepada AJK masjid terbabit kenapa menempatkan ruangan solat wanita di laluan tandas, AJK terbabit hanya mengulang ayat ‘akhir zaman’.

Oleh kerana melihat tempat tersebut teramatlah kotor, wanita itu meminta untuk solat di bahagian dalam masjid tetapi tidak dibenarkan atas alasan sudah pukul 2 dan pintu masjid juga sudah tutup.

Tidak mahu memanjangkan cerita, wanita itu pun solat diruangan yang ‘disediakan’ sambil hatinya berasa hiba dan ayat pakcik itu bermain di fikirannya.

Sumber : BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.