Konvoi Kereta Mewah Berhenti Tengah Highway Sampai Jalan Jem Teruk. Rupanya Ada Sesuatu Terjadi Sebelum Itu

Tindakan konvoi kereta mewah menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya mendapat kecaman pengguna media sosial.

Sebuah rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu telah dirakam seorang pengguna TikTok sebelum dikongsi di Facebook Dash Cam Owner Malaysia.

Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu berlaku tidak dinyatakan oleh pemilik video tersebut.

Menerusi ruang komen mendapati, orang ramai berang dengan tindakan pemandu-pemandu tersebut yang dianggap membahayakan pemandu lain.

Tindakan konvoi itu juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun, ada sesetengah pengguna media sosial mendakwa, konvoi tersebut berbuat demikian kerana mahu menyekat seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan telah melanggar salah sebuah kenderaan mewah itu.

“Sportcar semua block (sekat) kenderaan 4X4 sebab mabuk lepastu langgar Lambo Aventador hijau, itu cerita sebenar,” kata Kimiyy.

“Ikut dari satu cerita, mereka terpaksa buat macam itu sebab pemandu 4X4 mabuk dan langgar salah sebuah kereta.

Mereka tak nak kema langan dan ada mang sa akibat sikap tak bertanggungjawab pemandu itu,” kata Aisya.

“Ma buk itu satu hal, geng yang menyemak di jalan pun satu hal. ‘Test power’ lah, konvoi sampai sekat laluan orang, ini yang kita nampak, yang tak nampak?,” soal Saliwa.

“Harap polis dapat tahan mereka. Kalau betul pemandu itu sebabkan kemalangan, jangan ambil tindakan sendiri,” kata Fareez.

VIDEO:

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.