“Nama Depan Dah Sama Tapi..” Ini Teguran Pedas Zul Yahya Kepada Zul Ariffin

Tindakan aktor terkenal Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam kini menjadi kontroversi dan tular di media sosial.

Video yang mencetuskan kecaman ramai itu memaparkan beberapa babak aksi menggha.irahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara babak itu adalah aksi panas Zul mendukung Siti Hariesa sedang berasmara tidak berbaju.

Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul dan pengarah drama tersebut iaitu Erma Fatima kini trending dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yang bersetuju untuk melakukan adegan panas terbabit.

Malah, ada juga yang kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban dan sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yang terkenal dengan aksi lu.cah.

Ini Teguran Zul Yahya Kepada Zul Ariffin

553

Menerusi Live Facebook, Zul Yahya meluahkan rasa malu dan kesal dengan apa yang terjadi di dalam industri hiburan Malaysia.

Sewaktu beliau sendiri terlibat dalam dunia lakonan dahulu tiada babak babak panas yang memalukan waktu itu. Adakah kita mengikut budaya barat?

“Nama sama hujung hujung pelakon itu cuma bapak dia dan bapak saya tak sama” – Zul Yahya

Zul Yahya turut memberi teguran kepada Zul Ariffin, producer, penerbit dan siapa yang terlibat.

Video:

Tinjauan mendapati video yang telah meraih lebih sejuta tontonan dan 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Selain Zul dan Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul yang berbadan sasa pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies.

Sumber : Malaysia Gazette / Zul Yahya (FB)

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.