Sampai Menteri Agama Pun Malu, Selepas Teruk Dikecam Pengarah Drama, Erma Fatima Muat Naik Ini

Sedutan klip video adegan ‘panas’ dikongsi pelakon, Zul Ariffin turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di laman Facebook hari ini berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama bertajuk ‘Perempuan Itu’ yang dikongsi pelakon berkenaan.

Menurutnya, paparan itu disifatkan sebagai melampui batas dan ia perlu ditegur.

“Saya akan hubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas dan perlu ditegur,” katanya.

Jelas beliau, hiburan tidak dihalang dalam Islam namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang mak.siat.

Idris berkata, industri hiburan di negara ini bukanlah perkara yang ingin beliau halangi.

“Tetapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati,” katanya.

Dah padam video, Zul Ariffin ‘back to work’

Seperti dijangka, selepas dikecam secara bertubi-tubi pelakon Zul Ariffin bertindak memadam video aksi ‘panas’ dirinya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa di Instagram.

Sungguhpun begitu, Zul, 36, memuat naik sebuah video pendek dalam laman sosial berkenaan seolah-olah memberi respons mengenai kontroversi yang tercetus.

Berbusana segak berona biru seakan-akan berada dalam panggung wayang, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu tersenyum sinis dan bertepuk tangan menunjukkan isyarat tanda bagus seraya meninggalkan bangku penonton.

“Back to work (kembali bekerja),” tulis pelakon filem Penunggang Agama itu di ruangan kapsyen video yang dimuat naik.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, pengguna media sosial terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya meskipun video itu telah ‘hilang’ daripada akaun Instagram pelakon berbadan sasa tersebut.

Erma Fatima Beritahu Kena Tunggu?

Ramai sedia maklum bahawa babak drama ‘panas’ tersebut adalah dari arahan Erma Fatima sendiri.

Perempuan Itu arahan Erma Fatima turut dibintangi aktres Mimi Lana dan pendatang baharu, Iqbal Zulkefli yang akan menemui penonton menerusi TV3 menjelang Ramadan ini.

Selepas Zul Ariffin teruk dihentam netizen sehingga terpaksa memadam video tersebut, hari ini Erma Fatima memuat naik satu gambar dan rata rata beranggapan ini ada kena mengena dgn drama tersebut.

“Insyaallahhh..the truth will reveal soon” – Erma Fatima

Malam tadi, Zul mencetuskan kemarahan orang ramai apabila berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi sebuah drama bertajuk Perempuan Itu di Instagram.

Video yang mencetuskan kemarahan ramai tersebut memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonannya bersama Siti Hariesa.

Antara babak yang membuatkan ramai ‘ternganga’ adalah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara berbogel.

Lebih panas, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.

Sumber : K! Online / Erma Fatima (IG)

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.