Bengang Sbb Order Roti Canai Tak Dpt Kuah, Dia Order Lg Sekali Siap Letak Nota Minta Kuah. Apa Tokey Restoren Ini Beri Mmg Dia Tak Jangka

SERINGKALI kita melihat perkongsian di media sosial mengenai pengalaman warganet ketika membuat pesanan makanan menerusi servis penghantaran (food delivery).

Pelbagai kisah yang ‘dihidangkan’ antaranya mengenai kualiti makanan yang dipesan, tersalah item pesanan dan sebagainya.

Terbaharu, kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar ini sedikit berbeza berbanding kebiasaannya yang mana ia memaparkan sikap terpuji peniaga (vendor) makanan dari restoran tempatnya membuat pesanan.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelanggan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi berkata, dia membuat pesanan menerusi aplikasi Foodpanda beberapa hari lalu ketika mahu menikmati sarapan.

“Saya order beberapa keping roti telur pada mulanya. Bila makanan sampai, saya hairan tak ada kuah pencicah. Masa tu terfikir dua benda sahaja, sama ada rider teritnggal atau peniaga yang terlupa.

“Saya buat keputusan untuk order kali kedua tapi menu berlainan iaitu roti bom. Saya tak kisah order dua kali sebab makanan restoran tu memang sedap dan ini bukanlah kali pertama saya buat pembelian.

“Tapi dalam pesanan kedua tu, saya selitkan ‘side note’ dan beritahu pesanan saya yang pertama tak dapat kuah. Tulisan dalam nota tu bukannya dalam nada yang marah pun… lebih kepada kelakar,” cerita pemuda yang menetap di Pekan, Pahang ini.

NOTA

Nota daripada vendor makanan yang dikirim bersama rendang daging.

Namun menurut Hadi, dia sama sekali tidak menyangka apabila membuka bungkusan pesanan makanannya yang kedua sebaik sahaja diserahkan oleh rider.

“Saya tengok kenapa macam banyak bungkus… rupa-rupanya peniaga itu beri kuah roti telur yang dia terlupa nak letak dalam pesanan yang pertama tadi.

“Bukan itu sahaja, peniaga itu turut memberikan rendang daging sebagai tanda minta maaf atas kesilapannya awal tadi. Dia turut menyertakan nota tulisan tangan bersama-sama pesanan tersebut.

“Saya berterima kasih sangat dengan peniaga tersebut kerana dia concern terhadap pelanggan walaupun tak nampak kita.

“Memang sedap rendang daging yang dihantar. Saya siap nak repeat order tapi malangnya tak ada pula dalam senarai menu. Mungkin kebetulan hari tersebut peniaga tu masak rendang. Kira rezeki sayalah,” ujar pemuda berusia lingkungan 30an ini.

Mengakui sering membuat pesanan dari restoran tersebut, Hadi bagaimanapun berkata insiden berkenaan adalah kali pertama yang dialaminya.

“Restoran tersebut tak jauh dari kediaman saya. Memang orang-orang sekitar kenal dan cakap semua masakannya sedap,” katanya lagi.

KOMEN

Rata-rata netizen turut memuji pendekatan vendor tersebut.

Tidak menyangka perkongsian video di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 170,000 jumlah tontonan, Hadi berkata dia gembira kerana rata-ratanya memuji sikap peniaga berkenaan.

“Selain itu ramai juga kongsi pengalaman yang hampir serupa. Ada yang order mi segera dapat kuah laksa dan macam-macam lagi. Memang lucu.

“Pelanggan ni ada macam-macam ragam. Jadi saya cadangkan kepada vendor-vendor makanan, rajin-rajin baca ‘side note’ daripada pelanggan… macam dalam kes saya, vendor tersebut sangat prihatin dan terus bertindak,” katanya lagi.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.