Selepas Teruk Dike.cam Netizen, Menteri Komunikasi Tan Sri Annuar Musa Masuk Campur Dan Ini Bakal Terjadi

Drama berjudul Perempuan Itu yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden itu.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dikatakan bakal disiarkan semasa bulan Ramadan.

Annuar (kanan) menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah kepada pelajar tingkatan enam di YKK, Peringat di Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Menurutnya, semua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan malah tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.

“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.

“Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut,” katanya selepas menyampaikan bantuan Back To School kepada pelajar tingkatan enam di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat di sini hari ini.

TV3 pandang serius isu adegan panas drama Perempuan Itu

Stesen Televisyen Malaysia (TV3) menegaskan adegan panas drama Perempuan Itu tidak sesuai dijadikan sebagai bahan tontonan umum mahupun untuk promosi.

Stesen televisyen tersebut menerusi satu kenyataan memberitahu pihaknya memandang serius isu tersebut terutama selepas video tersebut tular sehingga menjadi bahan kecaman ramai.

“Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu.

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi,” katanya.

Tambahnya, aksi panas tersebut juga tidak pernah dibincangkan atau mendapat kelulusan pihak stesen untuk ditayang kepada umum.

“Adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” katanya lagi.

Terdahulu, teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin mencetuskan kekecohan dalam media sosial apabila memuat naik sedutan adegan panasnya bersama pelakon baru, Siti Hariesa.

Antara aksi yang dianggap keterlaluan ialah ketika Zul mendukung Hariesa dan babak menyuap whipping cream.

Rata-rata orang ramai memberi reaksi negatif dan membantah sekiranya babak tersebut ditayangkan kepada umum.

Video tersebut turut mendapat teguran daripafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad yang berpendapat babak tersebut tidak sesuai disiarkan terutama pada bulan Ramadan nanti.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.