Ini Tndakan Mngejutkan Dari JAKIM Untuk ZulAriffin Dan Prduksi. Buatkan Mreka Tak Snang Dduk

Kuala Lumpur – Klip adegan panas dalam sebuah drama dikongsi oleh pelakon, Zul Ariffin dan aktres Siti Hariesa dilaman Instagram milik kedua-duanya merupakan babak versi kedua yang dirakamkan untuk tujuan pu.blisiti.

Memetik laporan, pengarah drama, Ain Sharif berkata, adegan b.ocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Ya. Saya mengarahkan babak itu adegan adalah s.cene dir.ector c.ut. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul dis.erang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya di laman sosial.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan umum.

Malah video itu turut mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana M.enteri Hal Ehwal Agama Senator Datuk Idris Ahmad pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej dan jalan cerita drama sampai kepada penonton.

“Sebelum penggambaran pun kita dah bincang dan mereka setuju untuk lakonkan babak itu,” katanya.

Katanya, rakaman versi kedua dibuat untuk menjadikan drama lebih menarik dan terpulang kepada stesen televisyen sama ada untuk siarkan atau sebaliknya.

“Apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita, saya sedar sesetengah babak agak se.nsitif untuk penonton tapi mereka kena tonton dahulu, fahamkan jalan cerita kerana banyak mesej positif dalam drama ini,” katanya.

Difahamkan, turut terpalit dengan k.ontroversi itu ialah penerbit drama, Erma Fatima. Ain menjelaskan, babak drama berkenaan tidak ada kaitan dengan Erma Fatima.

Jakim Panggil Semua

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan panas yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

Timbalan M.enteri di Jabatan Perdana M.enteri Hal Ehwal Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia K-KOMM bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama Islam budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur,” katanya selepas diminta mengulas lakonan panas antara Zul Ariffin bersama Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu di sini pada Ahad.

Sebelum itu beliau hadir ke Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan PUTIK Pengkalan Chepa.

Menurutnya, seluruh pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara ini. Beliau berkata, perkara tersebut telah menimbul keresahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli P.arlimen Pengkalan Chepa itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin.

Pada Sabtu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.