Tak Snggup Tngok Kawan Kena Kcam, Iqbal Dedah Prangai ZulArlffin Yang Rmai Tak Nmpak

Petaling Jaya – Seperti dijangka, selepas dik.ecam secara bertubi-tubi pelakon Zul Ariffin bertindak memadam video aksi panas dirinya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa di Instagram.

Sungguhpun begitu, Zul, 36, memuat naik sebuah video pendek dalam laman sosial berkenaan seolah-olah memberi respons mengenai ko.ntroversi yang tercetus.

Berbusana segak berona biru seakan-akan berada dalam panggung wayang, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu tersenyum sinis dan bertepuk tangan menunjukkan isyarat tanda bagus seraya meninggalkan bangku penonton.

“Back to w.ork kembali bekerja,” tulis pelakon filem Penunggang Agama itu di ruangan kapsyen video yang dimuat naik.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, pengguna media sosial terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadapnya meskipun video itu telah hilang daripada akaun Instagram pelakon berbadan s.asa tersebut.

Zul Ariffin Akhirnya Bersuara

Pelakon berbakat besar, Zul Ariffin, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung i.su klip video aksi panas dalam drama Perempuan Itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Sangkar itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menurut Zul, permohonan maaf itu dilakukan selepas menerima pelbagai reaksi ramai pihak mengenai adegan panas yang dilakonkan bersama salah seorang pelakon wanita.

Jelasnya lagi, dia akan lebih berhati-hati dan teliti dalam memuat naik sebarang bahan yang diberikan untuk dipromosikan di media sosial, selepas ini.

“Dengan hati terbuka, saya mengambil maklum di atas semua respon dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari ti.ndakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya.

Baru-baru ini, Zul menerima ke.caman warganet selepas dia memuat naik klip pendek yang memperlihat babak panas drama lakonannya itu, di IG miliknya.

Video itu memperlihatkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dianggap tidak sesuai untuk tayangan masyarakat.

Walaupun klip tersebut sudah pun dipadamkan Zul, namun masih menjadi bahan bualan warganet.

Reaksi Iqbal Yang Juga Pelakon Drama Perempuan Itu

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.