Wrtawan TanyaAwie PsalIsu ZulAriffin, Reaksi Beliau Mmang PaduBuat Ramai Trkejut

Kuala Lumpur – Pelakon Zul Ariffin yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan satu adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, akan disi.asat.

Perkara itu dimaklumkan M.enteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter, pagi tadi.

“Proses u.ndang-u.ndang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan dis.iasat di bawah S.eksyen 233 Akta KMM Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana muat naik yang meny.alahi u.ndang-u.ndang,” demikian ciapan beliau jam 9.28 pagi tadi.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan a.ksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak.

JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai i.su terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia K-KOMM, Kementerian Dalam Negeri KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC supaya ti.ndakan tegas dapat diambil segera.

Dalam pada itu, Annuar melalui ciapan sama seiring dengan pendirian dizahirkan JAKIM itu.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Semalam, Zul Ariffin atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf dan meny.esal di atas ti.ndakannya memuat naik video sebuah drama bersiri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Respon Awie Tentang Video Tersebut

“Benda boleh menolak, tetapi dia Zul Ariffin memilih sedap. Pada saya dia mencotengkan arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik,”.

Demikian respons pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Awie apabila ditanya mengenai i.su sensasi perkongsian adegan b.erani oleh Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Zul Ariffin dalam Instagram baru-baru ini.

Menurut bintang Sembilu itu, Zul sebenarnya bolehn memilih sama menolak atau menerima sahaja tuntutan skrip berhubung adegan aksi r.anjang yang sama sekali tidak sesuai dari sudut islamik.

“Itu dia g.atal sebenarnya, benda boleh ditolak tetapi dia memilih sedap, dia terimalah benda tu kan kritikan dan t.indakan u.ndang-u.ndang,” kata Awie usai sidang akhbar Showcase Raikan Cinta Ramadan Wings di Lacrista Hotel, di sini, hari ini.

Antara Reaksi Orang Ramai

Kredit : BH/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.