Ini Kata Kata Nabil Ahmad Kepada Siapa Yg Hentam Zul Ariffin Sebab Sekarang Rakan Dia Sedang Diuji

SEDIH melihat rakan artis dikecam, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontroversi klip video ghairah adalah ujian buat aktor itu.

Mengakui apa yang terjadi sebagai sesuatu yang salah, namun Nabil, 39, berkata kecaman dan hentaman secara berterusan tidak seharusnya berlaku.

Malah, Nabil berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan sifat iblis yang terus menghentam dan mencari kesilapan orang lain.

“Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghentam apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat iblis yang ada dalam diri.

“Janganlah kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-03-23 at 18.53.03

Tindakan Zul menerima kecaman hebat banyak pihak

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran restoran pertama miliknya iaitu Human Gang yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kata Nabil, perkara yang berlaku ini juga menjadi satu peringatan buat dirinya bahawa dunia kita menuju ke akhir zaman.

Justeru itu katanya, daripada terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, lebih baik persiapkan diri dengan amal kebaikan.

“Saya jadi takut apabila orang mula marah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita.

“Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghentam orang lain,” jelasnya.

Seperti yang kecoh diperkatakan sebelum ini, Zul menerima kecaman hebat selepas memuat naik video klip aksi ghairah di laman sosial miliknya pada Jumaat lalu.

Pelakon filem Sangkar ini kemudiannya memadam klip tersebut dan memohon maaf atas tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat negara ini.

Sementara itu, berkongsi tentang pelancaran restoran Human Gang ni, Nabil berkata, ia merupakan kerjasamanya bersama pelakon Saharul Ridzuan dan dua lagi rakan kongsi.

nabil 11

Nabil dan Saharul sama-sama memulakan perniagaan restoran

Restoran ini menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

“Saya bertemu Saharul ketika pertama kali dia terlibat dalam satu program bersama rakan-rakan tabligh.

“Kami berbual dan dia juga menyuarakan minat sama untuk berniaga. Banyak perancangan kami, tetapi akhirnya inilah yang menjadi kenyataan iaitu sebuah restoran bersama,”ceritanya.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.