Lpas SmbilanBulan KesTrtukar Anak, Ini Jmlah H0spital Kena BayarDekat Pngasas K0smetik SitlJamumall

Kuala Lumpur – Masih ingatkah anda k.es pasangan suami isteri yang tertukar bayi mereka dengan anak pasangan lain pada Jun tahun lalu?.

K.es melibatkan Sti Suriani Wahidin dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman yang tertukar bayi dengan pasangan Diana Hanani Abdullah dan Muhammad Khairulazman hangat menjadi perbualan netizen pada waktu itu.

Dalam perkembangan terkini, pihak peguamcara memberitahu bahawa Permohonan Penzahiran pasangan itu telah dibenarkan oleh M.ahkamah Sesyen Shah Alam di mana pihak H.ospital Umra diperintah membayar kos sebanyak RM 1,000 kepada pasangan itu.

Status Terkini Tertukar Anak

Susulan itu juga, pada 22 Mac 2022 lebih kurang pukul 1.30 petang, Siti Suriani dan Diana diiringi peguamcara Marcus Tan dan Co telah mengadakan sesi live di page Facebook Jamumallcom berkenaan status terkini k.es bayi tertukar pada tahun lalu 2021.

“Susulan keputusan M.ahkamah Sesyen itu, pihak H.ospital Umra telah memfailkan satu rayuan di M.ahkamah Tinggi Shah Alam dan semua pihak terbabit akan mendapatkan arahan lanjutan daripada M.ahkamah Tinggi selepas ini,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, sesi live menerusi Facebook pada Selasa turut menampilkan dua wanita itu bersama anak masing-masing yang pernah tertukar pada Jun tahun lalu.

Menurut Siti Suriani yang turut dikenali sebagai Siti Jamumatill, tindakan undang-undang itu tidak dibuat berlandaskan faktor wang, sebaliknya sebagai peringatan kepada semua pihak agar berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya tidaklah berniat kerana duit untuk melakukan t.indakan ini. Saman ini bukan kerana duit semata-mata tapi saya nak menyampaikan mesej penting kepada semua supaya berhati-hati bagi dua-dua belah pihak ibu bapa dan h.ospital supaya keja.dian ini tak berlaku.

“Kecuaian ini adalah perkara yang sangat-sangat s.erius. Kalau saya tak tahu, saya mungkin tak jumpa anak saya,” ujar Siti Suriani dalam sesi live tersebut yang turut dihadiri kedua-dua bayi berkenaan.

Kedua-dua bayi berusia sembilan bulan itu, masing-masing Aiman adalah anak Siti Jamumall, manakala Aysar adalah anak Diana.

Dalam sesi live berkenan, peguamcara Marcus Tan da Co turut memaklumkan bahawa bayaran kos awal itu yang diperintahkan dibayar itu bagaimanapun belum diterima dua wanita berkenaan.

Menurut peguam berkenaan yang dikenali sebagai Stanley, setakat ini, k.es yang memasuki sembilan bulan itu masih diperingkat awal dan perintah bayaran RM 1,000 itu memihak kepada Siti dan Diana untuk kos pengurusan k.es sahaja.

Katanya, sekiranya k.es berkenaan mencapai tahap t.indakan s.aman, jumlah tuntutan yang diterima besar kemungkinan adalah lebih tinggi bagaimanapun tempoh untuk tiba ke peringkat seterusnya dijangka antara enam ke sembilan bulan lagi.

“Buat masa ini, kami masih belum mendapat identiti doktor dan jururawat yang mengendalikan k.es berkenaan tetapi sehingga kini tidak menerima maklumat lengkap individu terlibat iaitu nama penuh, nombor MyKad dan alamat pihak terlibat untuk meneruskan ti.ndakan s.aman,” katanya yang mengesahkan pihak h.ospital terlibat tidak mengakui kesilapan yang dilakukan hingga menyebabkan bayi pasangan itu tertukar.

Untuk rekod, negara gempar pada Jun lalu berikutan k.es pertukaran dua bayi berkenaan.

Siti Suriani pada waktu itu berdepan detik cemas apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain, selepas suaminya mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya sebagai ibu.

Dia dan suami kemudiannya menghubungi pihak h.ospital sebelum bergegas ke sana pada malam 12 Jun 2021 dan menerima pengesahan pertukaran bayi.

Siti Suriani dan suami pada waktu itu turut membuat laporan polis dan khidmat peguam bagi menguruskan in.siden berkenaan.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.