Tahnlah. Masa Tengah Live, Pelak0n AedyAshraf Tlba Tlba Lamar Amelia Henderson Buat Rmai Trkejut

Bukit Jalil – Lebih selesa menjaga diri sendiri, pelakon Amelia Henderson mengakui dia tidak mempunyai masa untuk mencari teman hidup.

Bersyukur dikelilingi team dan keluarga yang kuat memberi semangat, Amelia berkata buat masa kini dia hanya mem.entingkan karier seninya sahaja.

Bagaimanapun pelakon berusia 26 tahun ini turut mempunyai impian untuk berkahwin seperti mana semua wanita idamkan.

“Pengganti untuk teman hidup?. Saya boleh temankan diri saya sendiri sejauh mana yang boleh. Saya pun ada team dan keluarga yang sangat kuat.

“Jadi, saya tak pernah terfikir pun dan tak ada masa pun. Sebenarnya, saya sebagai work.aholic, saya kena pentingkan apa yang ada dalam karier saya dahulu.

“Bukan saya tak nak cari pengganti. Saya rasa setiap perempuan ada impian dalam soal itu, tapi selagi jodoh atau rezeki ke arah itu belum ada, saya tak boleh nak kawal.

“Saya pun tak boleh nak rancang kalau calon pun tak ada. Memang ada yang cuba mendekati tapi dengan jadual macam ini, tak ada masa,” katanya.

Berkongsi mengenai hubungan rapat dengan aktor Aedy Ashraf, Amelia berkata mereka sememangnya berkawan baik dan kerap dilihat bersama disebabkan kerja.

Amelia turut menganggap lakonan dia dan Aedy dalam drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada November tahun lalu membuahkan hasil sehingga kini masih diperkatakan.

“Setiap kali saya jumpa Aedy, saya tanya dia Aedy kenapa semua orang macam sibuk nak tanya I fasal you saja. Lepas itu dia cakap memang la saya Aedy Ashraf kot.

“Kami memang kawan rapat, tak ada m.asalah pun. Kami pun baru juga jumpa. Kami banyak juga projek bekerjasama yang tengah berjalan.

“Bagi saya, benda ini g.osip tak ga.nggu pun hidup saya. Lagi banyak orang tanya fasal ini, maksudnya drama lakonan kami sangat meletop.

“Kalau tak, mesti tak akan orang bertanya sedangkan cerita itu dah habis beberapa bulan lalu. Kiranya, lakonan kami pun menjadi. Sebagai pelakon, itu yang kami nak,” ujarnya.

Aedy Ashraf Lamar Ketika Live

Tiada angin tiada ribut, pelakon Aedy Ashraf membuat kejutan apabila melamar pelakon Amelia Henderson di depan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Aksi romantis aktor berusia 29 tahun itu dirakam oleh peminat dan pengunjung yang hadir dan tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video itu, Aedy dilihat melutut kononnya berpura-pura mengikat tali kasut sebelum melamar Amelia.

“Amelia Henderson, would you be my girlfriend?. Sudikah awak menjadi teman wanita saya?,” katanya.

Tidak mengambil masa panjang, Amelia menjawab yes sebagai tanda setuju sambil disambut sorakan orang ramai sekaligus membuatkan aktor berkenaan teruja berlari gembira.

Dalam video tersebut, Aedy juga memberitahu menunggu dua tahun untuk melamar aktres kacukan India-Scotland itu.

Kredit : RK/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.