Ustaz Kazim Elias Dedahkan Dato Siti Nurhaliza Pernah Tolong Dia

Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara itu dikongsi Ustaz Kazim menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, semalam.

“Siti Nurhaliza Mai Hantar” - Ustaz Kazim Dedah Penyanyi Nombor 1 Negara Rupanya Pernah…

Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.

“Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan.

“Kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.

“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu.

“Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.

Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterima sekiranya dia tidak sakit.

“Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.

“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya

“Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik.

“Allah akan beri kekuatan. Jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Sekadar info, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.

Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.