Demi Maruah Isteri, Will Smith Tampar Chris Rock Di Pentas Oscars `Live`, Rupanya Ini Yang Chris Rock Cakap Sampai Kena Tampar

LOS ANGELES : Lantaran mahu mempertahankan maruah isteri, pelakon, Will Smith, telah bertindak menampar wajah pelakon, Chris Rock di pentas Anugerah Oscars 2022 yang diadakan secara langsung di Dolby Theater, California.

Dalam kejadian pagi tadi waktu tempatan, Will dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

Difahamkan, punca kejadian bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’, GI Jane 2.

Momen spontan itu menyaksikan Rock tiba-tiba berseloroh tentang imej isteri Smith, Jada Pinkett yang tiada rambut.

“Jada, saya sayangkan kamu. Tak sabar tunggu G.I. Jane 2,” kata Rock.

Bagaimanapun, Rock yang menahan malu membalas kata-kata Smith; “Will Smith baru saja tampar saya. Itulah momen terbaik dalam sejarah televisyen.”

Ini bukan kali pertama Rock membuat jenaka terhadap pasangan Hollywood. Ketika Oscars 2016, Rock mengajuk Jada Pinkett yang memboikot anugerah itu sementara dirinya berseloroh memboikot pakaian dalam Rihanna.

Perkara itu telah menyebabkan Will bertindak bangun daripada kerusi penonton dan meluru naik ke pentas sebelum menampar wajah Chris dan kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.

Apa yang jelas, wajah Will sangat tidak senang dengan kelakuan Chris yang dianggap cuba memalukan isterinya.

Audio rakaman momen tersebut selain paparan wajah Will sedang berkata sesuatu terhadap Chris dipercayai telah disenyapkan oleh pihak produksi namun menerusi mimik bibir, jelas memperlihatkan Will berkata “jangan sentuh atau menyebut nama isteri saya!”

Menurut laporan media antarabangsa, Jada sebelum ini pernah berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya, Alopecia, yang menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan situasi keguguran rambut hingga terpaksa membotakkan kepala.

Kejadian antara Will dan Chris tersebut telah menyebabkan kekecohan kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Ada yang menyokong tindakan Will dan ada juga yang bersimpati dengan Chris.

Pun begitu, rata-ratanya termasuk teman-teman artis dan selebriti berharap kedua-dua pelakon tersebut dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan baik usai tamat majlis anugerah tersebut.

Video,

Will Smith menangis, minta maaf selepas tampar Chris Rock

Will Smith menangis, minta maaf selepas tampar Chris Rock

Will Smith menangis ketika berucap selepas menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia).

Ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.

Sekalipun tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung, namun, Smith membuat perbandingan dengan karakter lakonannya dalam filem King Richard.

“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).

“Ini bukan soal saya memenangi anugerah,” kata Smith yang menerima penghormatan daripada seluruh penonton yang berdiri sambil bertepuk tangan kepadanya.

Menyambung ucapan, Smith berkata: “Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”

Sumber Gempak/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.