Selepas KWSP Umumkan Tarikh Bayaran One Off RM10Ribu. Ini Yang Terjadi Kepada Akaun Sosial KWSP

Orang ramai yang ingin mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi pengeluaran khas akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran khas tersebut dibuka bermula 1 April 2022 hingga 30 April 2022 kepada ahli di bawah umur 55 tahun.

“Pembayaran akan bermula pada 20 April ini dalam satu bayaran sahaja dan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Ahli perlu memastikan akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.

“Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan. Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun atau Kios KWSP.

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli juga perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

“Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka. Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini,” katanya.

KWSP turut mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu.

“Ahli boleh berjumpa dengan Pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka.

“Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022,” jelasnya.

KOMEN NETIZEN DI LAMAN FB KWSP

“Masa nak apply nanti tengok banyak kali jumlah nak dikeluarkan tu sebelum submit..jangan ada yg tersalah itu lah tersalah ini lah..biar lambat asalkan selamat.. semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..amin”

“Ini pengeluaran terakhir masa terdesak…gunaknlh dgn sebaik mungkin…semoga bermanfaat utk ahli kwsp”

“Terima kasih kerajaan malaysia dan semua staff KWSP di seluruh malaysia diberi kesihatan yang baik semasa melaksanakan tugas”

Rata rata ucapkan kata syukur kepada pihak kerajaan dan KWSP

SUMBER – KOSMO! ONLINE / KWSP 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.