Lelaki Berpangkat Dato Dedahkan Prof Itu Sebenar Dah Bantu Pelajar Susah Itu. Rupanya Ada Pihak Ketiga Yg Cuba Sebar Aib

Hari ini netizen dikejutkan dengan satu klip video seorang pensyarah yang sedang mengajar secara atas talian (online) memarahi salah seorang pelajar dia.

Memarahi pelajar itu biasa tetapi ayat pensyarah tersebut dengan menyebut tentang B40 dan memperlekehkan pelajar tersebut membuat netizen mula naik angin.

Pelbagai kecaman yang dilontarkan kepada pensyarah tersebut dan seperti biasa pelbagai spelkulasi telah dikeluarkan.

Pensyarah hina pelajar B40 akan diambil tindakan

Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap seorang pensyarah yang didakwa menghina seorang pelajar B40 semasa sesi kuliah secara dalam talian.

Difahamkan, pensyarah itu mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, beliau telah memberikan arahan kepada pengurusan untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah berkenaan.

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung situasi berkenaan dan termasuk tindakan terhadap pensyarah tersebut.

“Beliau merupakan pensyarah kontrak dari pensyarah tetap (bersara) sebelum ini dan mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti.

“Sekarang dia tidak mengajar, tetapi dalam tempoh untuk diambil tindakan,” katanya hari ini.

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Tentang Video Tersebut

Seorang pengguna Facebook bernama Dato Rusly Abdollah telah memuat naik satu kenyataan di Facebook beliau sendiri berkenaan tentang pensyarah dan pelajar tersebut.

Menurut beliau apa yang terjadi tidak sepatutnya berlaku kerana ianya terjadi sudah lama dan kenapa baru sekarang baru nak ditularkan?

Pelajar tersebut telah pun menamatkan pengajian dia dan apa yang buat Dato Rusly lebih pelik adalah individu yang tularkan video tersebut bukanlah pelajar itu sendiri.

Ianya umpama seperti ada satu agenda jahat untuk menjatuhkan pensyarah tersebut.

Beliau memberitahu sebenarnya pensyarah tersebut telah membantu pelajar itu.

“Student dah grad.. video ni last year.. kawan sekelas yg viralkan kt Twitter dan dia dh delete acc lepas viral.. prof yg hina student tu katanya dia dh usahakan laptop utk student tu sampai dia grad.. Yg jahat sebenarnya kawan sekelas yg viralkan.. dgn niat mengaibkan.. tp netizen tak blh terima isu B40”

Posting Dato Rusly menjadi tular di Facebook dengan ribuan perkongsian telah dibuat.

Dibawah antara komen komen netizen:

“Fitnah dihujung jari..klu prof tu X marah student xkan push diri..klu xdpt melalui mak ayh,cuba la mintak dgn adik bradik..tu maksud prof..sbb bab pelajaran ni laptop paling utama..tp yelah,netizen ni suka ambik yg negatif je utk sebar..”

“Telah berlaku pun ada asbab di sebaliknya..mungkin Allah nk kita yg lain buka mata dn tidak sewenangnya meletak setiap orang dlm kasut yg sama..boleh judge sesuka hati tanpa usul periksa..asbabnya kita yg lain ambik iktibar dn pengajaran..silapnya tetap ada dikedua pihak..moga semuanya dipermudahkan”

“Baik, bagus, cemerlang, perihatin, still tak menghalalkan verbal and mental abuse. Peringatan utk diri sendiri, semoga sentiasa empati dengan semua org”

Sehingga hari ini kita tidak menerima apa apa kenyataan dari Pensyarah dan pelajar itu sendiri.

Kredit: FB Dato Rusly Abdollah / Bharian Online

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.