NalbCnselor UITMDedah Cerlta Sbenar Plajar Yang Dmalukan. Brltahu Ada YangTak Kena Dngan Vldeo

Seri Iskandar – Majlis Perwakilan Pelajar MPP Universiti Teknologi MARA UiTM Se Malaysia meny.elar ti.ndakan seorang pensyarah universiti itu yang disifatkan menghi.na pelajar.

Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor dalam video tular itu adalah satu tin.dakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

Menurutnya, sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah berkenaan sudah mer.osakkan imej universiti keramat ini.

“Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pa.ndemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ek.onomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, manif.estasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan dan juga kepada mana-mana individu yang membuat ti.ndakan sama selepas ini.

Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Datuk Noraini Minta Penjelasan

Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang dida.kwa mengh.ina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, M.enteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.

Menerusi laman Twitter rasminya DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak UiTM,” katanya.

Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap satu ciapan lain yang dida.kwa memaparkan video yang tular itu. Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video asal berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya.

Naib Canselor Beritahu Apa Yang Jadi

Universiti Teknologi MARA UiTM akan mengambil tmindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperl.ekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk ti.ndakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur FSPU.

“Saya difahamkan inmsiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. I.su ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, t.indakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan komputer riba,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesi.lapan mengenai t.indakannya mem.arahi pelajar berkenaan.

“T.indakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum t.indakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.