Alhmdullilah, Krajaan UmumRM150 Akan Dberlkan Tak LamaLagi. Had UmurDberitahu

Kuala Lumpur – Program ePemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi bakal memberi manfaat kepada lebih 2 j.uta belia dengan peruntukan sebanyak RM 300 j.uta, kata M.enteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, program ePemula ialah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Program ePemula akan mengkreditkan RM 150 secara oneoff ke dalam akaun e-dompet para belia ini,” katanya di Bengkel Pengurusan Kewangan My M.oney Me sempena Global M.oney Week 2022 yang diadakan secara maya di sini pada Ahad.

Katanya, terdapat banyak dana dan pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022.

Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang usahawan muda, Pelan Pembiayaan Belia Usahawan sebanyak RM 150 j.uta ditawarkan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank,” katanya.

Katanya, kerajaan juga telah mula membayar elaun sebanyak RM 900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri sejak 2019. Beliau berkata langkah itu untuk membantu mengurangkan beban kewangan golongan belia.

Tengku Zafrul turut mengambil kesempatan dengan mengingatkan golongan muda mengenai kepentingan masa depan dan amalan konsep pengurusan kewangan yang positif.

Bagi mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang positif, anda perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri.

Kawalan diri akan membolehkan anda mengagihkan simpanan dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan serta menerajui pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak akan membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan,” katanya.

Pertengahan Bulan April

Di bawah Bajet 2022, sejumlah RM 300 j.uta telah diperuntukkan untuk memanfaatkan sekitar dua juta belia melalui sebuah inisiatif etunai, ePemula.

Belia yang layak akan menerima kredit etunai sebanyak RM 150 setiap seorang melalui aplikasi edompet yang dipilih, kata satu kenyataan Kem.enterian Kewangan hari ini.

“Empat penyedia perkhidmatan edompet iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch n Go eWallet telah dipilih untuk menjayakan program ini,” kata kenyataan yang sama.

Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 j.uta.

Memandangkan program itu bermula pada pertengahan bulan April, peniaga PKS yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan edompet yang terlibat bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula.

Kredit : Sinar/MG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.