Dihalang Untuk Jumpa Jena.zah Suami Buat Kali Terakhir, Wanita Ini Ceritakan Kenapa Yang Terjadi

Perkongsian video seorang wanita cekal dikenali sebagai Lena_lynn di laman TikTok, menceritakan nasibnya yang dipercayai tidak dapat melihat jena.zah suami tersayang buat kali terakhir mengundang sebak orang ramai.

Video berada di bawah artikel

Difahamkan, wanita ini merupakan isteri kedua dan Allahyarham suaminya, Tajudin bin Mahmood meninggal dunia pada 22 Mac yang lalu.

‘Tidak dibenarkan masuk ke dalam’

Menerusi video dikongsi, wanita ini meluahkan rasa kesal berikutan tidak dapat melihat jena.zah suaminya walaupun sudah berbincang secara baik namun tetap dihalang.

Dakwa pemilik video ini, dia yang banyak menjaga Allahyarham suaminya tetapi ketika saat ‘akhir’ dia hanya mampu iringi jena.zah dari bawah blok menuju ke bas jena.zah.

Berdosa ke saya menjadi isteri kedua. Adik-beradik saya sedaya upaya untuk saya masuk rumah ar.wah suami tetapi mereka sama sekali tidak pedulikan kami.

Padahal semua dah tahu saya ini isteri kedua ar.wah. Zalim, fitnah dan ghibah (cakap buruk mengenai orang lain) tentang saya dan suami.

Apa yang lebih memilukan, apabila wanita ini dan ahli keluarganya hanya mampu tunggu di bawah blok bangunan dan tidak diberikan kesempatan untuk masuk ke dalam rumah.

Keluarga saya sahaja kekuatan masa ini. Alhamdulillah memang ar.wah suami menghembuskan nafas terakhir di pangkuan dan di depan mata saya. Saya dapat bersama di lokasi 1 sahaja, dan lokasi 2 ni tiada rezeki.

Masa ini saya masih lagi tak dapat tengok depan-depan wajah terakhir ar.wah suami saya dikafankan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa wanita ini dan sempat menitipkan doa buat Allahyarham suaminya.

Video penuh:

Sumber: Lena_lynn via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.