Erra Fazira Buka Cerita Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu ‘Semua Tahu Tentang Pertunangan Saya Dengan Jejaka A Itu..’

Erra Fazira dikenali sebagai antara pelakon yang profesional di dalam memberikan reaksi terhadap apa sahaja kisah sensasi melibatkan dirinya.

Baik dari segi peribadi mahu pun percintaan, aktres dan penyanyi ini cukup relaks dalam memberikan jawapan andai ditanya pihak media.

Terkini menerusi program Astro, Di Balik Idola, penyanyi Pasrah ini secara eksklusif berkongsi cerita mengenai pelbagai sisi, termasuk kisah throwback tunang dan kahwin yang kecvndangan di pertengahan jalan.

Menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuanNya dan setiap perjalanan hidup itu suatu pengajaran dan pengalaman hidup yang berharga, Erra turut berkongsi kisah percintaan lebih enam tahun bersama Datuk Awie.

Keduanya pernah bertunang sekitar 1996. Bagaimanapun mereka mengambil keputusan untuk memutuskan kisah pertunangan dua tahun selepas itu.

“Seperti yang semua ketahui, rentetan perjalanan saya, pernah alami keg@galan dalam bertunang, g@gal dalam perkahwinan.

“Tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran. Tidak ada yang neg@tif atau tidak elok dalam setiap perjalanan yang sudah diaturkan. Itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya,” katanya memberikan pandangan.

“Saya ingat lagi ketika pertunangan kecvndang, pada usia 6 tahun perhubungan terjalin, rasa macam ‘c0llapse’. Rasa macam malu ada…sebab yelah satu Malaysia tahu tentang perhubungan, pertunangan saya dengan jejaka bernama ‘A’.

“Rasa macam tak nak keluar rumah, menangis sorang-sorang. Saya ingat lagi pada ketika itu saya duduk di jendela tingkap, pandangan pemandangan yang luas.

“Tiba-Tiba Datuk Yusof Haslam menghubungi…,”

Sementara itu, Erra turut memberitahu dia perlu kuat demi kerjaya dan keluarganya.“Saya kena kuat, tidak boleh kencvndang. Kalau saya kecvndang, apa jadi pada kerjaya saya? Kalau jadi sesuatu pada kerjaya, apa yang akan jadi pada keluarga dan tanggungjawab saya.

“Ya sebagai manusia biasa kita akan jatuh, kecvndang dan menangis dua tiga hari. Lepas tu, tutup buku apa seterusnya berlaku,” jelas Erra yang turut berkongsi mengenai kisah dua perkahwinannya yang lain.

Episod penuh mengenai kisah perjalanan seninya turut dikongsi menerusi saluran kaki sembang studios di YouTube.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Erra dan Datuk Awie, keduanya cukup profesional dan masih berkawan rapat sehingga kini selain turut terlibat di dalam beberapa projek seni.

Erra seronok bertugas di konti radio

Aktres popular, Erra Fazira mendedahkan kemunculannya dalam segmen Pagi Di Sinar menerusi stesen Sinar FM sejak Isnin lalu hanya sementara sahaja.

Pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 48 itu berkata, dia hanya menggalas tanggungjawab mengendalikan segmen pagi bersama Angah, Jepp dan Rahim selama sebulan.

Mengulas perasaannya terpaksa memulakan tugas seawal 6 pagi, Erra menganggapnya tugasan mencabar dan masih cuba menyesuaikan diri.

“Setakat tiga hari ini, Alhamdulillah… Bahagian paling mencabar ialah menyesuaikan badan kerana saya perlu bangkit seawal jam 4 pagi, setiap hari untuk ke konti radio.

“Rasa nak demam dan lemau pun ada, mungkin badan masih terkejut. Insya-Allah, saya percaya dapat menyesuaikan diri, tidak lama lagi.

“Bagaimanapun, pengalaman bekerja di konti radio sesuatu yang sangat menyeronokkan. Ini kerana seperti kita sedia maklum, pasukan Pagi Di Sinar terkenal dengan telatah dan bicara lucu,” katanya kepada BH Online.

Bekas Miss Malaysia World 1992 itu berkata, dia jadi lebih bersemangat apabila kemunculannya dapat menceriakan pendengar dan membawakan aura positif.

“Selain seronok dapat ke udara bersama tiga penyampai yang dikenali dengan keletah dan lawak lucu, saya juga rasa bersemangat dapat menceriakan pagi pendengar Sinar FM.

“Setakat ini, rasa amat seronok kerana ia adalah satu pengalaman baharu buat saya,” katanya.

Sementara itu, adakah mempunyai hasrat menjadikan kerjaya penyampai radio sebagai sepenuh masa, penyanyi lagu Pasrah itu berkata, soalan itu agak mencabar untuk dijawab.

“Kalau ditanya adakah saya ingin terus menjadi penyampai radio, soalan ini agak mencabar. Tetapi, saya perlu melihat kepada kemampuan badan sama ada larat atau tidak.

“Sekiranya ada tawaran mungkin saya perlu melakukan solat istikharah dan mempertimbangkan sebaik-baiknya,” kata Erra.

Sumber:BH Via 2Ekesah RedJakoi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.