Ya Allah, MogaDmudahkan. AmyraRosli BerltahuKeadaan Trbaru Anak BliauDijngkiti Pnyaklt Berlkut

Petaling Jaya – Pelakon, Amyra Rosli meluahkan rasa bimbang selepas memaklumkan anak perempuannya, Arya Ariyssa kini terpaksa di rawat di h.ospital a.kibat dis.erang demam panas.

Menurut Amyra, sejak dua hari lalu, suhu badan anaknya itu telah pun mencecah lebih 40 darjah celsius dan kini dikhabarkan masih lagi belum khebah.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu menerusi hantara terkini di laman Instagram sebentar tadi.

“Aryssa demam panas, tem.perature 40-41 tak turun- turun dah dua hari. Cepat sembuh anakku sayang,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, Amyra turut mendoakan semoga anaknya itu segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala. Malah, perkara sama juga turut dikongsikan oleh Amar di akaun Instagram miliknya.

“Anak Daddy demam panas. Daddy sentiasa doa untuk adik cepat sembuh,” tulisnya ringkas.

Di ruangan komen pula, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan kerisauan mereka selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Amyra dan Amar.

“Get well soon b.abygirl,” balas Datin Eina Azman.

“Sayang aunty doakan sayang sembuh supaya mommy daddy senang hati. Supaya boleh jumpa abang,” komen, pelakon, Nad Zainal.

“Ya Allah semoga cepat cepat sembuh. Semoga badan kuat melawan s.akit, semoga ceria dan selera je makan ya baby sayang,” tulis pelakon, Haniz Zalikha.

“Uncle doakan sembuh secepat mungkin . Inshaallah,” balas pelakon, Idzham Ismail.

“Allahuakhbar, moga diberi kesembuhan,” komen pelakon, Siti Elizad.

Amyra Beritahu Keadaan Terbaru

Sebelum ini, Amar juga pernah memaklumkan telah mengalami beberapa s.ymptom p.elik seperti bengkak kaki dan batuk berpanjangan setelah disahkan positif C.0vid 19 pada Mac lalu.

Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.

Dalam perkembangan lain, Amyra kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul, Jangan Menangis Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Mega Drama di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Kredit : MH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.