Allahuakbar!Paras 0ksigen anak menurun, Amyra Rosli segera dipanggil segera ke hospital

KEADAAN kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti viru.s Kawasaki.

Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.
Pada Selasa lalu, mStar melaporkan Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami dem4m panas.

Ayra masih dirawat di hospital
Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Terdahulu, Amyra tu

rut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid. “Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.

Di ruangan komen pula, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan kerisauan mereka selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Amyra dan Amar.

“Get well soon b.abygirl,” balas Datin Eina Azman.

“Sayang aunty doakan sayang sembuh supaya mommy daddy senang hati. Supaya boleh jumpa abang,” komen, pelakon, Nad Zainal.

“Ya Allah semoga cepat cepat sembuh. Semoga badan kuat melawan s.akit, semoga ceria dan selera je makan ya baby sayang,” tulis pelakon, Haniz Zalikha.

“Uncle doakan sembuh secepat mungkin . Inshaallah,” balas pelakon, Idzham Ismail.

“Allahuakhbar, moga diberi kesembuhan,” komen pelakon, Siti Elizad.

Amyra Beritahu Keadaan Terbaru

“Yes ini condition anak Myra sekarang, Kawasaki Infection. The whole body di akena attacked, kesian dia”

Sebelum ini, Amar juga pernah memaklumkan telah mengalami beberapa s.ymptom p.elik seperti bengkak kaki dan batuk berpanjangan setelah disahkan positif C.0vid 19 pada Mac lalu.

Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.

Dalam perkembangan lain, Amyra kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul, Jangan Menangis Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Mega Drama di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Kredit : MH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.