“Suami Sempat Peluk, Cium Sebelum Ghaib” Isteri Kongsi Kehilangan Misteri Suami

“Tiada perselisihan faham.” Suami sempat peluk, cium sebelum ghaib atau hilangkan diri pada malam kejadian.

Lagi pula memang suaminya biasa bersikap demikian, jadi wanita ini langsung tidak curiga sehinggalah sehingga hari ini suami masih tidak ditemui.

Tiada Perselisihan Faham

Suami sempat peluk, cium dan memuji kecantikan saya sebelum dia ‘ghaib’ tanpa sebarang berita,” kata wanita yang hanya mahu dikenali DJ Sal, 47, isteri kepada DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Pasangan terbabit aktif bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) “DJ Wong And Sal Bollywood” yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

Suami Sempat Peluk, Cium

Menurutnya, pada hari kejadian mereka sedang bersiap untuk bersiaran secara langsung di FB pada 10 malam sebelum dia dipeluk suami, dicium tiga kali serta dipuji cantik.

“Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.

“Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra 2, Gurun, Kedah.

DJ Sal yang juga isteri DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, menunjukkan gambar suaminya yang hilang sejak Rabu lalu selepas keluar dari rumah mereka di Taman Ria Mesra 2. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Sebelum Ghaib

Katanya, apabila menyedari suami tiada dalam bilik, dia cuba mencari dalam sekeliling rumah namun gagal menemui DJ Wong.

“Ketika itu hujan lebat dan saya cuba menghubungi suami namun telefon bimbitnya dimatikan. Bimbang dengan situasi itu, saya bergegas ke rumah keluarga suami di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun masih gagal mengesannya,” katanya yang masih bingung dengan kejadian itu.

Menurutnya, tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka yang boleh dikaitkan dengan misteri kehilangan suaminya itu yang dilihat keluar dengan memakai kemeja dan jeans biru.

“Saya hanya perasan suami kelihatan agak murung sejak kebelakangan ini dan tidak ceria berbanding sebelumnya namun tidak tahu apa masalah difikirkannya.

“Suami hanya membawa telefon bimbit serta kad pengenalan dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu,” katanya yang berharap suami ditemui dalam keadaan selamat.

Puan Sal Dalam Keadaan Yang Lemah Dan Lesu

Dalam pada itu, anak kepada Puan Sal meminta untuk memberi ruang kepada Ibu kerana tidak cukup rehat

“Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum semua para sahabat dan peminat Dj Wong & Sal Bollywood yang masih setia menanti dan menunggu perkhabaran tentang kehilangan Dj Wong kita, pertama sekali kami sekeluarga amat berterima kasih di atas doa dan prihatin yang kalian lontarkan.
Hari ini merupakan hari ke-5 kehilangan Dj Wong, namun kami masih belum menerima perkhabaran tentang kehilangannya.
Ibu kami, Puan Sal dlm keadaan yg lemah dan lesu skrg dek kerana tidak cukup rehat jadi saya anaknya(Aisar Irfan) mewakili Puan Sal ingin meminta agar tuan/puan berhenti mengganggu Puan Sal sama ada melalui panggilan telefon, melalui whatsApp atau berkunjung ke rumah.
Bukan kami tidak sudi menerima tetamu, tetapi buat masa skrg kami sekeluarga memerlukan privasi, kami hanya ingin berkumpul tanpa gangguan dari orang luar buat sementara waktu ini sehingga keadaan kembali pulih. Terima kasih di atas kerjasama semua, sama sama kita berdoa agar Dj Wong cepat kembali ke pangkuan kami sekeluarga, Aamiin.
Kami akan terus memberi perkhabaran berita utk anda melalui live atau update di page ini jadi tidak perlu call personal utk mengetahui khabar berita tentang Dj wong. Kami hanya akn menerima panggilan telefon jika tuan/puan mempunyai info yang SAHIH sahaja. Terima kasih”

Meminta Bantuan

Katanya, dia sudah meminta bantuan saudara serta kenalan untuk mengesan dan memberi maklumat sekiranya terjumpa suaminya itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat DJ Wong boleh menghubungi DJ Sal di talian 0135783727 atau 0134194818.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber : myMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.