Suami Tiba2 Hilang Secara Misteri, Sekali Muncul Dalam FB Lafaz T4lak 3. Ini Reaksi Isteri Bila Dapat Tahu

“Tiada perselisihan faham.” Suami sempat peluk, cium sebelum ghaib atau hilangkan diri pada malam kejadian.

Lagi pula memang suaminya biasa bersikap demikian, jadi wanita ini langsung tidak curiga sehinggalah sehingga hari ini suami masih tidak ditemui.

Tiada Perselisihan Faham

Suami sempat peluk, cium dan memuji kecantikan saya sebelum dia ‘ghaib’ tanpa sebarang berita,” kata wanita yang hanya mahu dikenali DJ Sal, 47, isteri kepada DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Pasangan terbabit aktif bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) “DJ Wong And Sal Bollywood” yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

Suami Sempat Peluk, Cium

Menurutnya, pada hari kejadian mereka sedang bersiap untuk bersiaran secara langsung di FB pada 10 malam sebelum dia dipeluk suami, dicium tiga kali serta dipuji cantik.

“Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.

“Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Ria Mesra 2, Gurun, Kedah.

DJ Sal yang juga isteri DJ Wong atau nama sebenar Noor Aziz Johari, 53, menunjukkan gambar suaminya yang hilang sejak Rabu lalu selepas keluar dari rumah mereka di Taman Ria Mesra 2. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Sebelum Ghaib

Katanya, apabila menyedari suami tiada dalam bilik, dia cuba mencari dalam sekeliling rumah namun gagal menemui DJ Wong.

“Ketika itu hujan lebat dan saya cuba menghubungi suami namun telefon bimbitnya dimatikan. Bimbang dengan situasi itu, saya bergegas ke rumah keluarga suami di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun masih gagal mengesannya,” katanya yang masih bingung dengan kejadian itu.

Menurutnya, tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka yang boleh dikaitkan dengan misteri kehilangan suaminya itu yang dilihat keluar dengan memakai kemeja dan jeans biru.

“Saya hanya perasan suami kelihatan agak murung sejak kebelakangan ini dan tidak ceria berbanding sebelumnya namun tidak tahu apa masalah difikirkannya.

“Suami hanya membawa telefon bimbit serta kad pengenalan dan saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangannya itu,” katanya yang berharap suami ditemui dalam keadaan selamat.

Terkini! DJ Wong selamat, buat live di Facebook

Misteri kehilangan seorang deejay dikenali sebagai DJ Wong sejak tujuh hari lalu terjawab selepas dia muncul semula dengan membuat siaran langsung melalui laman Facebook baharu miliknya tengah malam tadi.

Dj Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, dilaporkan gagal dikesan selepas keluar dari pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Rabu lalu.

Dia sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian bersama isterinya dikenali sebagai Dj Sal di laman FB DJ Wong And Sal Bollywood.

Bagaimanapun Dj Wong mencipta kontroversi selepas muncul bersiaran langsung kira-kira pukul 12 tengah malam dengan berpakaian baju melayu berwarna biru muda selain turut bersumpah di hadapan al-Quran.

Dalam siaran langsung selama 15 minit itu, Dj Wong bersumpah bahawa dia dalam keadaan sihat dan selamat serta meminta semua pihak menghentikan misi pencariannya, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar dia berada.

Dj Wong di akhir siaran langsungnya itu turut melafazkan cer4i tal4k tiga terhadap isterinya dan memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia tidak akan muncul di FB lagi selepas ini.

“Bekas Suami lelaki D4yus”-Dj Sal

Sementara itu, Dj Sal ketika dalam satu siaran langsung lain di laman FB menyifatkan bekas suaminya itu sebagai lelaki d4yus susulan tindakannya menghilangkan diri dan melafazkan cer4i secara umum di FB

Tangkap layar video siaran langsung Dj Wong tengah malam tadi.

KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.