Uyaina meronta tahan s4kit. Raja Syahiran beritahu kenapa dia rasa diri tidak berguna

SEDIH melihat isteri, Uyaina Arshad menahan sakit selepas pembed4han apendiks dan keradangan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran juga merasakan seperti dirinya tidak berguna.

Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 29, dia berharap kesakitan yang ditanggung Uyaina itu dapat dipindahkan kepadanya.

“Memang sedih apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja.

“Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung.

“Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ketika itu saya berharap kalau boleh sakit itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung

Uyaina menjalani pembed4han apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Isnin lepas.

Bagaimanapun dia terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami keradangan pada rahim.

Uyaina yang kini sedang hamil anak pertama sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

Usia kandungan Uyaina hampir memasuki empat bulan.

“Syukur isteri dan kandunganya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu.

“Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sakit namun tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya.

Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

Minggu lalu Uyaina berkongsi berita gembira dirinya dirinya sedang hamil dan meluahkan rasa teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri.

Uyaina Arshad alami keradangan dinding rahim

Baru selesai menjalani pembedahan selepas diserang penyakit Apendiks, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, memaklumkan dirinya kini mengalami keradangan di bahagian rahim selepas dikenal pasti doktor.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Kau Cipta Kasih itu menerusi Instastorynya.

Menurut Uyaina, dia yang kini masih dirawat di hospital terpaksa mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit yang dialami.

“Assalamualaikum semua. Apendiks saya telah pun berjaya dikeluarkan.

“Tetapi malangnya terdapat keradangan di sekitar dinding rahim.

“Saya masih lagi dirawat di hospital dan bergantung kepada ubat tahan sakit,” katanya.

Mengulas lanjut, dia juga disarankan doktor agar tidak terlalu kerap mengambil ubat tersebut kerana kesan sampingannya dapat membahayakan bayi dalam kandungan.

Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran itu juga meminta orang ramai agar mendoaka dirinya.

“Tapi doktor pun tidak boleh nak bagi ubat tahan sakit setiap waktu sebab bahaya untuk bayi.

“Buat masa ini, saya terpaksa menahan dan berjuang melawan rasa sakit.

“Mohon doakan untuk saya,” coretnya panjang.

Berikut sedikti info menegnai Penyanyi Raja Syahiran

KORANG kenal tak dengan penyanyi ini yang dikenali sebagai ‘Raja Syahiran’. Siapakah Raja Syahiran? Raja Syahiran merupakan seorang penyanyi yang sebelum ini pernah viral dengan pencapaian melepasi peringkat pertama ujibakat Britain’s Got Talent.

‘Raja Syahiran banyak ciri-ciri menantu pilihan’ – Ibu Uyaina

PENYANYI Raja Syahiran mempunyai ciri-ciri menantu pilihan ibu pelakon da pengacara terkenal, Uyaina Arshad.

Itu pengakuan ibu Uyaina, Siti Noor Farah, ketika ditanya hos Nabil Ahmad jika bekas peserta program Dansa dan Sing itu mempunyai ciri-ciri untuk dijadikan menantu.

“Banyak … Alhamdulillah,” jawabnya ringkas.

Bak kata orang-orang lama kalau nak pikat anak, mestilah kena pandai mengambil hati orang tua dulu.

Raja Syahiran yang popular dengan lagu If I Could Go Back itu mengakui bahawa dia sangat terkejut dengan pengakuan yang dibuat secara langsung dalam program tersebut.

“Saya terkejut bila mak Uyaina buat pengakuan tersebut, sebab bagi saya ia menjadi satu tanggungjawab besar untuk saya sebab orang akan harap yang terbaik daripada saya untuk menjadi anak dan pasangan yang terbaik untuk Uyaina,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

kredit: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.