Berita Baik! Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Bermula Esok, Terus Jadi Sesuatu Di Facebook Menteri Kewangan

BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak diawalkan dua hari.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pembayaran akan mula dibuat bermula esok (18 April), dua hari lebih awal berbanding tarikh diumumkan sebelum ini iaitu pada 20 April.

Tengku Zafrul berkongsi berita baik berkenaan menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Ahad.

“Ramai yang message dan komen dalam media sosial saya, ‘YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?’

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Beliau turut berharap agar pengeluaran berkenaan akan menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang lebih bermakna.

5.3 juta permohonan pengeluaran khas diterima KWSP

SEJUMLAH 5.3 juta permohonan bagi kemudahan Pengeluaran Khas yang diterima Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sejak ia dibuka bermula 1 April sehingga Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata jumlah permohonan yang diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.

Mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus golongan B40 yang layak iaitu yang berpendapatan kurang daripada RM1,700; 59 peratus M40 (RM1,701 hingga RM4,900) dan 39 peratus T20 (berpendapatan melebihi RM4,900).

KWSP akan lancar i-Sayang tahun depan

“Sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga telah memohon. Kaum bumiputera Melayu merangkumi jumlah pemohon mengikut kaum tertinggi iaitu 65 peratus, diikuti oleh kaum Cina 12 peratus dan kaum India dengan 7 peratus.

“Jumlah 17 peratus selebihnya adalah terdiri daripada kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta bukan warganegara,” menurut kenyataan berkenaan.

Permohonan tersebut juga melibatkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion yang akan dibayar secara berperingkat bermula 20 April ini.

KWSP memaklumkan, berdasarkan maklum balas daripada ahli yang memohon kemudahan itu, tiga sebab utama permohonan adalah mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus), diikuti membantu pasangan atau ahli keluarga yang terjejas kewangan (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

Sejumlah 40 peratus daripada permohonan pengeluaran itu dibuat adalah bagi menampung perbelanjaan keperluan asas harian dan bulanan, 26 peratus bagi membayar tunggakan hutang dan lapan peratus adalah bagi menambah simpanan dan dana kecemasan.

“Selain itu, ada permohonan yang dibuat bagi membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan iaitu tujuh peratus dan selebihnya adalah untuk tujuan-tujuan lain seperti membayar pendidikan anak-anak, perbelanjaan lain dan pelaburan,” jelas kenyataan itu.

KWSP turut menegaskan, setiap aspek keselamatan telah diambil bagi mengelakkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab atau ‘scammers’ daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan ahli.

EPF withdrawals for those aged 50, 55 and 60, i-Akaun activation to resume Wednesday | Malaysia | Malay Mail

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan Pengeluaran Khas mereka di platform media sosial, dan berhati-hati apabila mengeluarkan wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dan aktiviti scam.

“Ahli juga perlu mempertimbangkan ketersediaan pendapatan jangka panjang mereka dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu dan membelanjakan wang mereka dengan bijak serta untuk tujuan yang sesuai,” katanya.

Tarikh tutup untuk kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April depan dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan Pengeluaran Khas boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Komen Netizen Membanjiri Di Facebook Tengku Zafrul,

Alhamdulillah. Yg Utama Terima Kasih Dato Najib Razak Tengku, Pm Dan Lain2, Terima Kasih Malaysia.

Syukur Alhamdullillah..ALLAH Makbulkn Doa Sy Seorg Ibu Tunggal , Ada Rezeki Ank2 Yatim Sy Utk Buat Persiapan Raya, Melunaskn Tunggakn Bil2 Yg Dh Berbulan2, Ansuran Bulann Dsbnya..Terima Kasih Tengku Zafrul Memahami Keperluan Kami.Moga Urusan Tengku Dan Team Dipermudahkn.

Alhamdulillah, Syukur Pada Mu Ya Allah Dan T’kasih Buat Yb Tengku Zafrul Yg Telah Memudahkan Urusan Kami Semua Yg Amat Memerlukan Kewangan Ini Utk Melangsaikan Segala Hutang2 Yg Telah Di Tanggung Semenjak Pandemik Covid-19 Berlaku. Slmt Berpuasa Dan Salam Aidilfitri Buat Tengku Zafrul Sekeluarga.

Bazar Aidilfitri Lorong TAR mula operasi 9 April ini

Alhamdulillah Syukur Kepada Allah Swt Aamiin. Terima Kasih Tengku, Terima Kasih Dato Sri Ismail Sabri, Dato Seri Najib Razak, Datuk Ashraf Wajdi Dasuki.. Kerajaan Malaysia KWSP Dan Semua Yang Terlibat..

I Never Doubted Him And His Credibility… He Uses His Roles Effectively And Very Well. May Allah Blessed You And Family Tengku

Alhamdulillah Dan Terimakasih Kepada YB Tengku Zafrul Kerana Sudi Mendengar Rintihan Kami Yang Sedang Kesusahan Semoga Allah Membalas Kebaikan Tengku Dengan Kebaikan Samada Dunia Mahupun Akhirat

Alhamdulillah … Terima Kasih Tengku Zafrul Kerana Memudahkan Urusan Seluruh Rakyat Malaysia … Maafkan Saya Kalau Sebelum Ni Ada Marah2 , Biasalah Sye Pon Manusia Biasa Sama Mcm Tengku Zafrul … Alhamdulillah Dengan Kemarahan Saya & Seluruh Rakyat Malaysia , Suara Kami Didengari … Inn Syaa Allah Semua Urusan Rakyat Malaysia Dipermudahkan …

MBSA terima 694 permohonan lot Bazar Ramadan - Kosmo Digital

Alhamdulillah Terbaik Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Buat Semua Pemohon, Tahniah Buat Seluruh Kakitangan KWSP & YB, Semoga Di Murahkan Rezeki & Dikurniakan Kesihatan Yang Baik Selalu Aamiin..

Makasehyb Kerana Mendengar Suara Rakyat.. Kami Warga B40 Amat Berterimakaseh Klau Benar Ianya Dpt Diawal Kan Pengeluaran Nya….Dahlah Nak Raya Pastu Anak Nak Masuk U Beberapa Hari Selepas Raya…..Semua Perlukan Duit….Alhamdulillah….Semoga Segalanya Dipermudahkan….

Sumber Mstar/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.