‘Kata doktor jangka hayat saya hanya enam bulan’ – Lama Tak Dengar Kisah Roslan Aziz. Bekas Suami Sheila Majid

KUALA LUMPUR – Roslan Aziz hari ini bukan lagi Roslan Aziz yang kita semua kenal semasa era kemasyhuran muzik Melayu sekitar awal 1990-an.

Pada usia 60 tahun, individu yang pernah mencetus revolusi muzik tanah air itu diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.

Dalam tempoh yang sangat singkat, barah itu telah melepasi tahap empat – sesuatu yang tidak pernah terlintas akan berlaku padanya.

Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).

Cadangan-cadangan rawatan susulan yang dicadangkan oleh doktor itu sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain di kotak fikirannya.

Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.

“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung k4nser itu adalah m4ti,” kata Roslan berkongsi cerita keadaannya kepada Awani dalam pertemuan di kediamannya di Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini.

Kunjungan krew Awani adalah untuk menziarahinya selepas menerima khabar beliau sedang melalui fasa yang sukar akibat k4nser.

Roslan berterima kasih kepada isterinya, Sopphilea yang setia mendampinginya. – Foto Awani

Memahami hasrat kami, Roslan membuka pintu rumahnya kepada saya bersama-sama rakan sekerja, Hafidah Samat, Madiha Abdullah serta jurukamera Airul untuk memberi peluang kepada kami mendasari ujian yang sedang dilaluinya.

Sebelum ini juga, ramai kenalan Roslan dalam kalangan penggiat industri turut melawat dan memberi sokongan kepadanya.

Antaranya ialah pelakon, penerbit dan pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Ida Nerina, pengurus acara, Dharanee serta rakan-rakan pemuzik yang pernah bekerjasama dengan Roslan.

Kehadiran rakan-rakan dan kenalan kata Roslan, amat-amat dihargai kerana mengingatkan dirinya bahawa beliau masih dihargai dan disayangi.

“Hilang rasa s4kit bila kawan-kawan datang ke rumah untuk ziarah saya dan berborak. Saya amat hargai kehadiran mereka,” Roslan merakam penghargaan buat mereka yang hadir memberi sokongan moral kepadanya.

Tidak seperti orang yang sedang s4kit apa lagi pengidap k4nser tahap empat, Roslan sangat ceria, ramah bercerita dan sesekali bercanda.

Secara zahirnya, penggerak label Roslan Aziz Production (RAP) yang pernah menaungi barisan artis Gred A seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainal Abidin serta lain-lain pada awal 1990-an itu, tidak nampak sedang ‘berperang’ dengan kanser.

Realitinya, beliau terpaksa menahan s4kit dan harus melalui proses rawatan yang benar-benar mencabar termasuk secekak ubat yang perlu dimakan setiap hari selain rawatan kemoterapi yang bukan mudah untuk dilalui.

Beliau juga sudah sering keluar masuk hospital bagi mendapatkan siri rawatan.

Namun, di sebalik kesukaran-kesukaran itu, Roslan mengagumi kebesaran ALLAH menghadirkan hikmah yang besar.

“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya

“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting.

“Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama… inilah hikmah yang saya tidak sedar ada di depan mata,” rancak Roslan bercerita.

Bahkan, Roslan sepanjang perbualan itu juga bercerita penuh gembira mengenai empat cahaya matanya, Wan Nur Khaleda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.

“Mereka adalah pelengkap kehidupan dan kebahagiaan saya,” katanya.

Tanpa berselindung, Roslan juga terbuka membicarakan soal kem4tian yang diakui beliau semakin dekat dengan setiap seorang daripada kita.

Apa lagi berita kem4tian seorang demi seorang penggiat seni yang sampai ke telinga menyebabkan Roslan sudah bersedia untuk dijemput pulang oleh Yang Maha Esa.

“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan.

“Saya tahu saya akan m4ti, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” kata Roslan sambil merenung wajah isterinya, Sopphilea Hamid yang setia menemaninya sepanjang wawancara itu berlangsung.

Dalam wawancara itu, Roslan tidak lekang-lekang menyatakan rasa terima kasih secara terbuka kepada wanita itu kerana setia mendampinginya di masa dia diuji dengan kesakitan.

Kata Roslan, Sopphilea sudah terlalu banyak berkorban buatnya terutama pada saat-saat sukar seperti ini.

“Saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekiranya Sopphilea tidak ada. Kami bukan sekadar suami isteri, bahkan, kami juga sahabat karib.

“Dia satu-satunya kawan paling rapat dalam hidup saya. Kami tidak pernah berjauhan sejak kami berkahwin 23 lalu. Terima kasih saya pada Sopphilea,” ungkap Roslan.

Sopphile yang tenang mendengar di sisi suaminya itu dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa sebak sambil menyeka air mata.

Biodata Roslan Aziz

Siapakah Roslan Aziz, Tarikh Lahir Roslan Aziz, Berapa Umur Roslan Aziz, Adik Beradik Roslan Aziz dan Gambar Terkini Roslan Aziz.

Roslan Abdul Aziz (lahir 23 Oktober 1961) merupakan seorang penerbit dan jurutera muzik Malaysia.

Beliau juga merupakan tokoh yang mengembangkan bakat penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Prema, Zubir Ali, Atilia dan ALI, pasangan pemuzik yang dianggotai Roslan sendiri dan komposer Mukhlis Nor.

Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat rakaman pertama Malaysia, Roslan Aziz Productions (R.A.P), yang mencetuskan minat dari luar negara, R.A.P. membawa industri muzik tempatan selangkah ke hadapan, bukan sahaja menggegarkan persada muzik serantau, malah di arena seni hiburan di Jepun, Eropah dan Amerika Selatan. Biarpun telah menerbitkan hanya 15 album dalam jangka masa 15 tahun, nanum kejayaan yang dicapai RAP tetap berdiri teguh. Mengutamakan mutu tanpa mengenal bilangan untuk setiap terbitannya, Roslan berupaya memperoleh pengiktirafan dan penghargaan dari dalam dan luar negara, kerana hasil-hasilnya yang berbunyi unik yang diasah dengan sempurna.[2]

Kehidupan peribadi

Roslan berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai lima anak yang kesemua nama anak-anaknya diakhiri dengan “Aziz”. Beliau berkahwin dengan penyanyi Sheila Majid pada 1989 dan dikurniakan dua anak – Wan Nur Khaleda Aziz (lahir 1991) dan Megat Abdul Majid Aziz (lahir 1994). Pasangan ini bercer4i pada 2000.

Roslan kemudian berkahwin dengan Sopphilea Abd Hamid pada 2001 dan dikurniakan dua orang anak lelaki – Megat Ali Aziz pada tahun 2002 dan Megat Zayn Hamza Aziz pada tahun 2008.

Pada tahun 2002, Roslan berkahwin dengan Hana Jamaluddin dan dikurniakan seorang anak Wan Aisha Aziz pada tahun 2003.

Roslan dan Hana bercer4 pada tahun 2007. Roslan kini tinggal di Kampong Datuk Keramat bersama isteri Sopphilea dan anak-anak Megat Ali dan Megat Zayn bersama bapanya Abdul Aziz Saad setelah bonda beliau Almarhum Sharifah Aisha Syed Abd Rahman AlAttas pulang ke Rahmahtullah

Kerjaya

Beliau mengadakan konsert berbayar terbesar di Malaysia iaitu Konsert Ikhlas di Stadium Merdeka pada 25 Disember 1992. Konsert yang membariskan artis-artis RAP dihadiri lebih 45,000 orang penonton.

Roslan juga menyandang tugas sebagai pengkritik rancangan Malaysian Idol dan beliau berkata, “Malaysian Idol bagaikan Sukan Olimpik bagi artis muda yang berharap agar dapat bersaing di pentas dunia dan saya amat berbangga kerana terpilih sebagai salah seorang pengkritik Malaysian Idol”.

Roslan juga pernah bekerjasama dengan Seven Collar T-Shirt di mana beliau berkhidmat sebagai pengadun untuk album Drones (2004) dan Murder (2018)

Beliau juga telah terpilih untuk menjadi pengetua bagi Akademi Fantasia Musim 5

Pada 2005, Roslan menerbitkan lagu ciptaan Ajai bejudul “Ku Seru” nyanyian Misha Omar untuk runut bunyi filem Pontianak Harum Sundal Malam

kredit: sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.