Mufti Perlis Tampil Mengulas Tindakan Peguam Bela Pihak Yang Salah, Buat Mereka Mula Tak Senang Duduk

KUALA LUMPUR – Berdosa jika seorang peguam membela pihak diketahui bersalah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang h4ram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pel4curan.

“Kerana dosa pe4cur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.

Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengh4ramkan membela yang salah ataupun yang dosa.

Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.

“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” katanya.

Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela.

Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang.

Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.

“Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.

“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

Netizen Persoal Peguam Bela Siti Bainun Boleh Berzapin Pula

Tidak reda lagi dengan kontroversi yang dihadapi peguam bela pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, kali ini ‘panas’ pula dengan isu baru apabila salah seorang peguam bela wanita itu memuat naik video sedang berjoget zapin di pejabat.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya berasa kesal melihatnya serta beranggapan mereka seakan-akan tidak mempunyai jiwa kemanusiaan kerana boleh bergembira ketika ini.

Namun, difahamkan video asal berkenaan sudah pun dipadam dalam akaun TikTok peguam tersebut.

Biarpun sudah dipadam oleh pengguna asal, video berkenaan sempat di muat naik oleh seorang pengguna Facebook dan ia sememangnya menerima kecaman daripada orang ramai.

Reaksi netizan

MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.