Nikah senyap-senyap dengan jutawan sebelum Ramadan? Ini Penjelasan Mawar Karim

ESAS-DESUS mengatakan Mawar Karim sudah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan sebelum Ramadan lalu dinafikan usahawan itu.

Bagaimanapun Mawar, 33, mengakui kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu.

Bekas isteri Fizo Omar itu memohon orang ramai mendoakan rumah tangga yang bakal dibina itu berkekalan.

“Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.

“Saya harap doakan yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi,

“InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu kes mahkamah selesai dulu kot baru fikir pasal tu,” katanya kepada mStar.

Mawar nafikan telah berkahwin sebelum Ramadan.

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika ditanya, lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar berkata individu itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri.

Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.

Dia juga enggan mengulas lanjut tentang status lelaki yang bakal menjadi suaminya.

“Status saya mengenali seseorang sekarang ni dan dia orang biasa sahaja.

“Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut.

Mawar bersama anaknya Wan Maryam.

“Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa,” ujarnya.

Untuk rekod Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Mawar menafikan dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000 dan meganggap ia satu fitnah.

Mawar berkata berita yang tersebar itu memberi kesan kepada reputasinya dalam perniagaan dan bimbang dengan keselamatan anak serta keluarga.

Berikut sedikit info mengenai Mawar Karim

SIAPA tak kenal Mawar Abdul Karim atau senang disapa Mawar Fareeda yang merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal, Fizo Omar.

Rasanya umum mengetahui, Mawar merupakan anak kepada usahawan tudung eksklusif, Fareeda.

Meskipun dilihat mempunyai perniagaan yang berjaya sekarang, tidak ramai tahu kepayahan yang dilalui Mawar pada awal pembabitannya dalam dunia perniagaan.

Pepatah ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ amat sesuai menggambarkan kisahnya.

Menurut Mawar, pada awal bisnes ibunya hanya menjahit tudung yang ditempah rakan-rakan dan saudara-mara di kediaman mereka sahaja.

“Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang,” katanya.

Bagi membantu ibu, Mawar menyatakan zaman remajanya terpaksa dikorbankan terutama bagi mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang suatu ketika dahulu langsung tidak dikenali.

Bagi tujuan itu dia melibatkan diri seawal usia 15 tahun dalam bidang fotografidengan menjadi model tudung hasil tangan ibunya sendiri.

“Saya mula jadi model tudung ibu sendiri bila kawan dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.

“Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera,” ujarnya.

Mawar yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Fareeda Global Resouces Sdn Bhd akui, perlu berusaha keras demi perniagaan yang dijalankan keluarganya ini.

kredit: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.