Peguam Siti Bainun tak ‘k0yak’… Tampil beri penjelasan video menari sakan di TikTok

SALAH seorang peguam kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali iaitu Nurul Hafidzah Hassan menerima kecaman netizen selepas tampil membuat beberapa kenyataan di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Nurul Hafidzah, 39, sebagai seorang peguam dia tidak terkesan dengan kritikan dan kecaman yang ditulis oleh netizen itu.
“Sebagai seorang peguam… insyaAllah tak koyaklah.

“Saya tak perlu pun terangkan perasaan saya sebab kita ada banyak kerja nak buat.

“Jadi intepretasi mereka memuaskan hati mereka terserah kepada mereka… I don’t have time for that,” katanya kepada mStar.

Awal Ashaari turut memuat naik status mengenai sikap peguam tersebut

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari tampil bersuara terhadap peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang teruk dikecam kerana mewakili Siti Bainun dalam kes penderaan anak istimewa, adik Bella.

Glamour Dengan Tindakan Sendiri
Menerusi hantaran di Instagram, Awal memberitahu peguam itu untuk tidak mengambil tindakan fitnah di atas hantaran nya di Instagram kerana peguam itu “glamour” disebabkan tindakannya sendiri.

“Selalu awak name drop saya dalam social posting awak, sebab awak nak tumpang glamour saya. Tapi sekarang awak dah terkenal, izinkan saya pulak tumpang glamour awak.

Cuma lepas ni jangan la awak guna posting ni untuk awak charge saya fitnah awak pulak sebab awak glamour sebab tindakan awak sendiri. Saya cuma nak menumpang glamour awak je. Saya repost apa yang awak pernah post pasal saya.”-Awal Ashaari

“Menari Kat TikTok Tak Dapat Duit”
Tambahnya lagi , Awal turut menitipkan harapan buat peguam Siti Bainun agar kes saman 3 juta nya itu tidak dilakukan secara Pro Bono.

“Cuma saya harap kes saman saya 3 JUTA tu awak tak buat PRO BONO jugak lah. Sekurang-kurangnya kena lah buat jugak nak sara hidup kan. Menari kat TikTok dak dapat duit..”-Awal Ashaari

Pelbagai Reaksi Netizen, Termasuk Nabila Huda

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong kenyataan Awal malah ada yang berseloroh peguam itu bakal “koyak” dikecam lagi.

“Memalukan legal fraternity je dia ni.”

“Kau dah terkenal dik..Kau kena hadapi dengan kuat. Nah mini love untuk kau dik.”-Nabila Huda

“Alaa baru nak jadi netizen. Tengok-tengok ig dia dah jadi private acc.”

“Hahaha confirm koyak lagi.”

“Sekali dia pakat tolong orang yang aniaya insan istimewa. Habes semua kebusukannya terbongkar. Allah maha adil. Janganlah sesekali kita bersifat tidak berperikemanusiaan..”

Terdahulu, Awal Ashaari pernah berhadapan tindakan saman daripada syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry. Syarikat berkenaan mengemukakan saman RM300,000 terhadap Awal yang didakwa telah melanggar kontrak.

Naz Carpentry merupakan syarikat hiasan dalam yang terkenal dalam kalangan selebriti, individu berprofil tinggi termasuk dari kerabat diraja dan orang kenamaan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.