PM Ismail Sabri Beritahu Satu Berita Baik Untuk Aidilfitri Tahun Ini. Pasti Ramai Akan Rasa Gembira

Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara – Selatan.

Selain itu, tawaran itu turut melibatkan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan sembilan jaringan lebuh raya akan terlibat dalam inisiatif tersebut.

Tol percuma, diskaun untuk balik kampung sempena Aidilfitri - Perdana Menteri

Tawaran tol percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.

“Ia bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

“Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.

“Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi,” ujarnya.

Jelasnya, keputusan kerajaan juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:

1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
(ELITE)

3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:

10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.