Tengah Solat Terawikh Tiba Tiba Budak Ini Terkencing Atas Karpet Masjid. Lelaki Ini Ceritakan Apa Yg Terjadi Selepas Itu

Semalam ada seorang budak lelaki kencing dalam masjid semasa solat terawih. Ia sangat menarik, baca tulisan ini ya.

Rasanya masa tu tengah solat terawih rakaat ke 5 dan 6.

Tengah-tengah solat tu, seorang lelaki di sebelah saya tiba-tiba menghentikan solatnya.

Saya perasan dia cuba berjalan ke hadapan sedikit, dan melambai-lambai orang di hadapan. Saya nampak sipi-sipi saja, saya pun tak faham apa berlaku.

Saya jeling sikit, saya nampak ada seorang budak lelaki 2 saf di hadapan saya. Dia berpaling ke belakang, mukanya seperti pucat, rasa bersalah, hampir menangis.

Semasa saya sujud, saya perasan lelaki sebelah saya tu macam berjalan ke dapan, sedikit melangkah orang yang sedang sujud di depannya. Memandangkan tengah solat, saya tak tengok dengan jelas apa yang berlaku. Orang lain pun sama.

Selesai je solat, ramai orang buat hal masing-masing, tak perasan apa berlaku. Tapi saya terus intai ke depan, di lokasi budak lelaki tadi. Karpet basah. Rupanya tadi budak tu kencing di situ.

Dan lelaki di sebelah saya tu, entahlah siapa, mungkin ayahnya, mungkin lelaki yang rawak, mungkin hanya seorang lelaki yang prihatin, membawa budak itu keluar untuk mencuci budak tersebut.

Ada beberapa perkara menarik yang saya perhatikan.

1. Ada seorang lelaki yang nampak kejadian tersebut, dan dia terus mengambil tanggungjawab untuk menguruskan budak itu dengan segera, tidak bertangguh. Itu satu sifat yang sangat baik.

2. Selepas solat bila ramai sudah tahu yang budak itu kencing atas karpet, ramai datang bantu, terutamanya dalam menjaga kesucian masjid dan ahli jemaah mengikut fiqh.

3. Semua tahu yang air kencing adalah tidak bersih, jika terkena tubuh atau pakaian kita, tidak sah solat kita (pun begitu wuduk tidak batal). Jadi semua orang main peranan.

4. Beberapa orang ahli jemaah termasuklah AJK masjid terus pergi ambil beberapa buah kerusi dan susun sebagai tanda, di tempat yang terkena air kencing, dan di laluan yang dilalui budak itu untuk keluar tadi. Supaya ahli jemaah tidak terpijak tempat itu.

5. Semua orang nampak tempat yang basah terkena air kencing itu. Ianya jelas di situ. Jadi senanglah untuk ahli jemaah letak tanda, dan mengelak dari memijak tempat itu.

6. Namun semua orang tak nampak budak itu berjalan keluar melalui pintu mana. Sebab boleh jadi, sepanjang laluannya itu juga terkena air kencing sebab kakinya basah.

7. Tapi ada 1 pintu yang terbuka di belakang, jadi ahli jemaah kuat berpendapat, sepakat, dan ‘berijtihad’ yang budak itu melalui jalan menuju ke pintu itu. Jadi diletakkan juga kerusi dari tempat air kencing yang utama itu, sehinggalah ke pintu yang terbuka itu.

8. Kalau ikutkan dalam Islam, kalau tiada siapa nampak dengan jelas, tiada pula tanda-tanda air kencing, tiada juga didapati warna, bau dan rasa, maka kita tak boleh hukumkan secara tepat yang tempat itu terkena najis.

Pendek kata boleh saja pijak kawasan yang tak pasti tu, tak dikira najis sebab tiada tanda.

9. Namun memandangkan kebersihan adalah sesuatu yang dititik beratkan dalam Islam, maka ahli jemaah mengambil pendekatan yang lebih teliti, untuk menanda dan membasuh tempat yang dirasakan menjadi laluan budak tadi.

10. Semua ini berlaku kerana beberapa perkara. Pertama, kerana ahli jemaah ada ilmu tentang najis, pengurusan dan implikasinya. Kedua, kerana ahli jemaah peduli tentang kesempurnaan ibadah, sebab itu mereka berusaha menguruskannya.

Alhamdulillah, tahniah semua.

Suka bila tengok ramai orang cakna pasal agama.

Ps : Kepada adik tersebut, jangan takut pula nak datang masjid nanti ya. Awak dialu-alukan datang macam biasa. Cuma nanti kalau nak terbuang air, keluar je ke tandas ya, jangan tahan. Jangan malu pula nak keluar.

Keadaan karpet keesokkan harinya selepas dicuci

Sumber : Facebook Syafiq Fadeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.