KJ Umum Lima SOP Baru, Buat Ramai Rasa Lega

Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa, tumpuan rakyat terarah kepada sidang akhbar Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dijadualkan berlangsung jam empat petang ini.
Ia berikutan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik CO VID-19 akan diumumkan Khairy.

“Beberapa perkara saya akan umumkan petang ini,” ciapnya di Twitter pada Rabu.

TERKINI Sidang Media KKM, Khairy Jamaluddin turut menyatakan;

1. Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan kecuali jika anda bergejala, di tempat sesak dan individu berisiko tinggi.

2. Penjarakan fizikal antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.

3. Semakan Imbasan Kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis.

4. Aktiviti bersalaman dibenarkan TETAPI sentiasa mencuci atau membersihkan tangan.

5.Prosedur akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei 2022.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengumumkan tiga kelonggaran SOP berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian saringan C ovid-19 di lapangan terbang.

Desas-desus mengenai kelonggaran SOP tersebut sejak penghujung bulan lalu selepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sudah tiba masanya amalan mengimbas kod MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan.
Selain itu, amalan pemakaian pelitup muka dijangka akan dijadikan sebagai pilihan dan tidak lagi diwajibkan.

Sumber: KKM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.