Alhamdullilah, Pelakon EyraHazali Selamat Brsalin AnakKedua. Ini Keadaan Trkini Mreka

Sebelum ini ketika kandungan baru mencecah 34 minggu namun pelakon Eyra Hazali dinasihatkan bersiap sedia untuk melahirkan bayi keduanya pada bila-bila masa sahaja.

Terpaksa bersalin awal dari tarikh sepatutnya, Eyra atau nama Hazirah Qasdina Hazali tetap bersyukur keadaannya semakin baik selepas menerima r.awatan disebabkan bayi dalam kandungan tidak bergerak.

Menurut pelakon berusia 23 tahun ini, dia juga menerima suntikan ko.rtikosteroid IM dexam.ethasone atau nama ringkasnya d.exa untuk mematangkan paru-paru bayinya.

“Untuk buat masa sekarang, Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Cuma doktor nasihat kena banyakkan berehat. Sebab mungkin baby boleh lahir bila-bila masa saja dari waktu sekarang.

Ikutkan duedate saya bersalin lambat lagi tarikh sepatutnya saya bersalin pada 22 Mei depan. Sekarang ini usia kandungan baru saja mencecah 34 minggu.

Sebab itu kena c.ucuk d.exa untuk matangkan paru-paru baby. Sebab sebagai langkah sekiranya bayi saya keluar awal sebab sekarang ini pun saya dah alami c.ontraction sikit,” katanya.

Terdahulu, Eyra berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya tidak bergerak dan terpaksa menerima r.awatan di sebuah pusat peru.batan pada Rabu.

Eyra yang juga isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Haziq Nadzli berkata, dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu.

Dalam pada itu, Eyra berkata, doktor memaklumkan bahawa ukuran bayinya besar dua minggu dan terlalu aktif menyebabkan dia terpaksa bersalin awal.

“Mungkin sebab bayi saya besar sangat dan terlalu aktif. Doktor ada maklumkan yang ukaran bayi saya besar dua minggu,” ujarnya.

Alhamdullilah, Dah Bersalin

Pelakon, Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata keduanya semalam.

Bagaimanapun berita gembira itu dimaklumkan Eyra hari ini menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada 29/4/2022, pukul 6:18 petang. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulisnya ringkas.

Hantaran itu disertakan bersama foto yang merakamkan Eyra sedang memangku anak keduanya sambil tersenyum bersama suami dan anak sulungnya.

Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.