Tular rakaman lelaki didakwa penasihat agama raja dalam kelab malam

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial video kelibat seorang lelaki yang didakwa merupakan salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun Zaharin Mohd Yassin berkongsi video membabitkan individu tersebut sejak 2 Mei lalu.

“Aku di disko. Dibintangi pelakun utama. Datuk Haji A**** A* K*****. Babak dalam disko gaya orang kena ice,” kata Zaharin.

Video berdurasi 3 minit 24 saat itu menampilkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita di kiri dan kanan beliau.

Lelaki itu kelihatan beraksi seperti sedang mengetuk dram dengan muzik latar yang bising.

Ustaz Husam Jawab Video Viral Dr Afifi

Sementara itu, seorang penggiat agama melalui Facebooknya, Ustaz Ahmad Husam Baderudin mendakwa, penasihat agama tersebut diserang kerana beliau begitu kuat bersuara menentang fahaman ‘Wahabi’ di Malaysia.

Menurutnya, mana-mana individu yang menentang fahaman tersebut akan diserang bertubi-tubi dengan tujuan untuk membunuh karekter individu terbabit.

Tambah Ahmad Husam, beliau turut menjadi mangsa apabila video penerangannya mengenai penasihat agama itu telah dipotong dan diedit sehingga mendatangkan kekeliruan dan fitn4h.

“Fikirkan dengan akal yang sihat, ceramah selama 1 Jam 32 minit 47 saat dipotong hanya 40 saat? Tujuan untuk apa lagi kalau bukan untuk memfitnah? Allahukabar.

“Inilah kerja golongan yang mendabik dada sebagai penyebar sunnah tetapi mereka adalah penyebar fitnah.

“Saya memaafkan semua kesalahan rakan-rakan netizen yang termakan fitnah ini yang mem4ki dan menghina saya,” katanya.

Berikut sedikit info Dr Afifi

Berkuatkuasa 12 Mac tahun lalu, Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti dilantik sebagai Pengerusi PCM Sdn Bhd.

Dr Afifi akan menerajui dan mengawal selia UniKL (Universiti Kuala Lumpur) Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) termasuk pelan pembangunannya.

Selaku individu yang diiktiraf dalam senarai tahunan 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia, pasti Dr Afifi ada sesuatu yang mahu dikongsikan dengan masyarakat.

Datuk Dr Afifi al-Akiti, yang boleh berkomunikasi dalam tujuh bahasa iaitu Latin, Greek, Perancis, Jerman, Arab, Inggeris dan Melay

Sehingga kini lelaki yang didakwa sebagai penasihat agama tersebut tidak tampil untuk memberi penjelasan sama ada video tersebut sahih atau fitnah.

Sikap berdiam diri individu tersebut membuatkan lebih banyak spekulasi ditimbulkan.

Cubaan MalaysiaGazette untuk mendapatkan kenyataan daripada beliau dengan cara menghubungi dan menghantar mesej sehingga pukul 4 petang tadi turut gagal.-MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.