Lebih SatuJuta Tntonan, Neel0faDan Haris BritahuJumlah DuitRaya Anak Dla Dpat BuatRmai Trkejut

Kuala Lumpur – Meskipun kali pertama meraikan lebaran sebagai ibu, selebriti popular, Neelofa dan suaminya yang juga pend.akwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz hanya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur secara sederhana.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, mereka tidak ke.terlaluan dalam berbelanja sempena Aidilfitri meskipun buat cahaya mata pertamanya, Muhammad Bilal.

“Tahun ini, kami beraya secara ringkas di Kuala Lumpur. Saya tidak pulang ke kampung disebabkan ibu dan adik-beradik semuanya di sini.

“Jadi, kami meraikannya secara sederhana, tiadalah persiapan yang keterlaluan. Untuk baju raya Bilal pun tidak banyak sangat. Ibu mentua pun ada menghadiahkan jubah dan kopiah yang boleh dipakai.

“Lagipun, Bilal masih kecil lagi, jadi kami beraya memang biasa-biasa sahaja seperti tahun sebelum ini,” katanya.

Mengulas keri.sauan pada musim perayaan memandangkan Bilal masih kecil, Neelofa berkata, dia tidak menolak untuk keluarga dan rakan-rakan baik datang beraya.

“Awalnya, kami risau juga soal kes.ihatan Bilal, tetapi boleh sahaja keluarga dan rakan-rakan datang ke rumah untuk kunjung mengunjung. Kami pun hanya pergi beraya dua rumah sahaja,” katanya.

Terdahulu, pengacara program MeleTOP itu mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu.

Sementara itu, PU Riz berkata, dia dan isteri sentiasa memastikan kes.elamatan dan kes.ihatan Bilal sepanjang beraya bersama keluarga.

“Untuk beraya memang kena fikirkan mengenai kese.lamatan dan kes.ihatan Bilal. Ini disebabkan Bilal pernah jatuh sa.kit dan kami sedih tengok dia tidak bermaya.

“Jadi, demi menjaga kes.ihatan, tidak mahu menyusahkan orang dan orang menyusahkan kita, sama-samalah kita jaga pada peringkat awal ini,” katanya.

Duit Raya Bilal

Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjumlah RM 14,020.

Ia dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya itu pada sambutan hari raya baru-baru ini.

Menerusi video itu, PU Riz berterima kasih pada semua yang memberi duit raya pada anak mereka.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM 14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Video yang baru dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perkongsian semula.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz pertama kali berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram, namun diletakkan emoji pada wajah anak mereka.

Kredit : BH/HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.