“Saya baru cakap sepatah” Akhirnya suami Nadya Syahera tampil, jelas perlu berada di Thailand

Sejak minggu lalu, isu mengenai rumah tangga Nadya Syahera sempat menjadi topik hangat dalam kalangan warganet.

Selepas menerima pelbagai reaksi negatif, suaminya iaitu Fizul Nawi telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook.

Jelasnya, dia tiada niat hendak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan hanya ingin `memulihkan’ perniagaan di Thailand.
Kami tidak bermasam muka…kami masih bercakap macam biasa.

Mengulas mengenai keadaan terkini, Nadya akui bahawa rumah tangga yang dibinanya sejak 7 tahun lalu sedang alami masalah.

Menerusi portal Oh Bulan, aktres itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia langsung tidak bermasam muka dengan Fizul dan masih bercakap seperti biasa.

Malah, mereka berdua juga difahamkan sedang dalam proses untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.

“Boleh dikatakan macam itu (rumah tangga bergoyang) tetapi kami tidak bergaduh. Kami mash cakap macam biasa. Bagi pandangan dia, isteri haruslah lakukan tugasan di rumah bukan suami kerana tugas dia hanya cari duit. Mungkin juga dia terlupa yang saya juga bekerja. Kami berdua sebenarnya perl banyak berkomunikasi. Saya tengah prepare untuk jadi lebih baik dan sama juga di pihak suami. Kami tengah perbaiki.”

Dia kecewa bila saya cakap di sosial media. Dalam pada itu, Nadya juga akui suaminya sedikit kecewa
apabila kisah mereka berdua dihebohkan di media sosial.

Katanya, dia tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dan hanya meluah secara ‘spontan’. Bagaimanapun, selebriti tersebut turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa sehingga mencetuskan kecaman orang ramai.

“Dia marah. Dia kecewa bila saya pilih platform itu untuk bercakap dengan dia. Tapi saya terangkan balik, saya baru cakap sepatah… dia dengan telefon bimbit dan dunia dia. Saya tak ada nak aibkan sesiapa. Saya tulis pun secara random. Itu hanya 10% yang saya rasa. Dia pun dah fikir secara rasional dan boleh terima. Saya bagi pihak dia juga minta maaf atas kata-kata di Instagram yang menyebabkan ada pihak yang kurang senang atau menimbulkan kecaman ramai orang. Saya terima
apa saja yang orang cakap. Yang negatif, saya tolak tepi sebab tak nak kusutkan kepala. Saya hanya ambil kata. kata positif sebab saya seorang di rumah. Alhamdulillah DM saya penuh komen positive”

Cuma faham isi wanita sebenarnya..bukan harta benda yang dia nak Pada masa sama, pelakon drama The Maid’ itu turut memberitahu bahawa dirinya bukanlah ingin mengejar harta suami semata-mata.

Namun, dia cuma mahukan perhatian dan tidak peduli jika diberikan hanya sedikit. Malah, artis
tersebut juga sempat menasihati Fizul agar kurangkan melepak dan lebihkan membantu dalam urusan rumah tangga.

“Faham la wanita. Cuba faham isi wanita sebenarnya. Bukan harta benda yang dia nak kadang-kadang. Selalu orang fikir perempuan nak duit, materialistik. Sebenarnya tidak Cukup dengan bagi perhatian, itu sudah memadai. Kadang bawa pergi makan dekat kedai mamak pun sudah boleh bahagiakan. Tak semestinya bagi duit. Itu saya, orang lain tak tahu. Daripada lepak satu jam bershisha dengan kawan, lebih baik lepak dengan saya dan anak-anak. Saya dah boleh diam, nak suruh buat apa selepas itu saya buat. Sebab saya tak gembira, itu yang bising. Itu saja.”

Sumber : viralnewsupdates

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.