Dibebaskan Hari ini, Ramai terkejut penjelasan Plhak JAWI pendkwaan tldak dlteruskan

Wanita tular yang didakwa mengh1na lslam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak akan didkwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Media yang berkumpul sejak jam 8 pagi ini untuk membuat liputan pendakwaan itu, bagaimanapun difahamkan ia tidak akan diteruskan.

Ini kerana ia membabitkan tuduhan bersifat sama dan hukvman dihadapi wanita terbabit jika disabitkan kesalahan melalui pertudvhan di mahkamah sivil adalah lebih berat daripada hukvman diperuntukkan melalui tudvhan mahkamah syariah.

Paralegal kepada peguam R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir dalam kenyataan hari ini berkata, beliau menerima panggilan daripada pegawai JAWI jam 10 malam tadi yang memaklumkan wanita itu akan dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh JAWI dengan serta merta.

Menurut Hannann Syoffeeya, beliau turut dimaklumkan bahawa JAWI akan berhubung dengan Siti Nuramira atau pihaknya apabila sudah bersedia untuk meneruskan prosiding pendakwaan.

Sementara itu, pasukan peguam wanita terbabit berkata, mereka sudah bersedia untuk prosiding pendakwaan di mahkamah hari ini, bagaimanapun setakat jam 9 malam tadi, mereka tidak berjaya mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira.

Mereka hanya berjaya mendapatkan seorang akauntan dari London yang baru pulang ke Malaysia, namun peguam syarie berasa lelaki terbabit tidak sesuai menjadi penjamin, oleh itu mereka terus mencari penjamin yang sesuai.

Semalam, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tldak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin.

Pada hari yang sama, teman lelakinya V Alexander Navin mengaku tldak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Sumber : BHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.