“Ada buat juga” Jemaah terkandas di klai, Iofa turut terkesan luahkan sesuatu

Siapa sangka penantian bakal jemaah haji untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menunaikan rukan Islam yang kelima itu, musnah sekelip mata gara-gara menjadi mangsa penipuan syarikat agensi yang tidak berperikemanusiaan.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, hal yang tular itu mendapat perhatian dan bualan hangat orang ramai di media sosial.

Doa Dipermudahkan Urusan. Hal yang tular ini juga mendapat perhatian selebriti dan usahawan jelita, Neelofa, di mana dia menitipkan kata-kata semangat buat bakal jemaah haji dan berharap urusan mereka dipermudahkan menerusi ciapannya di laman Twltter hari ini.

“Sedih mendengar perkhabaran hampir 400 jemaah haji yang terkandas di KLIA. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan mereka terus kuat semangat. Harapnya ada rezeki mereka semua dijemput di tahun akan datang.” Ciapnya.

Netizen Kecam Tindakan Syarikat Agensi Haji
Murai MY menjengah ke laman Twitter, rata-rata ramai warganet mengecam tindakan tidak bertanggungjawab syarikat agensi haji yang menipu wang para jemaah dengan cara sebegitu.

“Semoga mereka semua tabah dengan ujian Allah”

“Bayangkan mak bapa kita atau sesiapa yang kita kenal kena. Terutama orang tua”

“Kenapalah ada manusia hati ambil kesempatan macam ni” Ciap mereka.

“Macam tak percaya ada orang sanggup scam orang pergi haji”

“Semoga Allah bantu jemaah haji yang terkandas dan dlaniaya”

“Sedih weh kita punya pulun kumpul duit nak pergi last last kena tlpu” Ciap warganet.

Sekadar info, hampir 400 bakal jemaah haji yang sepatutnya berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis terkandar kerana menjadi mangsa sindiket penipuan visa furada untuk menunaikan haji yang tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Sebahagian jemaah telah membuat laporan polis dan menunggu siasatan dari pihak berkuasa.

Sumber : Murai

Kisah bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dipercayai menjadi mangsa ‘scam’ satu syarikat agensi pelancongan swasta telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, ada di antara mereka telah berada di KLIA sejak 28 Jun lalu memandangkan pihak agensi kerap memberitahu bahawa jadual penerbangan ke Jeddah ditukar-tukar.

Suasana KLIA menjadi begitu sebak sehingga meraih rasa simpati warganet kerana merasakan para jemaah sudah diperdaya dengan visa furada yang dijanjikan sebelum ini.

Akan pulang duit, ralat digelar scamer
Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Astro Awani, wakil kepada syarikat agensi pelancongan tersebut, UC Travel telah memohon maaf menerusi hantaran mesej di aplikasi WhatsApp.

“Jutaan maaf dari kami pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scamer. Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah,” jelasnya.

Bakal adakan sidang media
Dalam pada itu, individu yang juga wakil kepada agensi pelancongan tersebut memaklumkan yang sebarang kenyataan perlu berbincang dengan peguam terlebih dahulu.

“Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang gagal, ramai lagi agensi pelancongan gagal.

“Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang, kami memang mencuba sedaya upaya.

“Untuk ketika ini, semua group UC Travel sedang menjawab semua (persoalan) berkaitan jemaah kami,” katanya lagi.

Tambahnya, pihak UC Travel akan melakukan sidang media pada minggu hadapan bagi memberi penjelasan berkenaan kejadian yang menimpa hampir 400 bakal jemaah haji.

Setakat ini, 17 laporan polis telah dibuat bakal jemaah haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang dan siasatan dijalankan oleh pihak polis dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut sama menylasat kejadian tersebut dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Sumber : OMM

Hampir 400 jemaah haji terkandas di KLIA kerana tidak dapat berlepas ke Jeddah, namun salah seorang daripada mereka meningatkan seseorang bergelar ‘Tan Sri’ agar tidak mempermainkan agama dan memperkotak-katikan perasaan orang mahu menunaikan haji.

“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolonglah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak-katikkan perasaan orang nak pergi haji,” kata Marina Abu Zahar, 52 salah seorang jemaah haji yang teranlaya.

Beliau juga meningatkan ‘tan sri’ itu agar tidak membuat tindakan seperti ini terutama kepada orang kampung yang susah payah menyimpan duit bahkan ada di antara mereka menggunakan wang KWSP untuk untuk menunaikan haji.

“Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah,” tegasnya lagi dipetika Astro Awani.

Seorang lagi jemaah haji Rizal Ismara Ismail menzahirkan rasa sedih apabila beliau bersama 3 ahli keluarga turut menerima nasib yang sama.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.