Puteri sarah beri bayangan bakal tinggalkan orang yang tersayang. Buat ramai setuju tlndakan Sarah

Sedia maklum, kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof bersama isteri, Puteri Sarah menjadi topik utama bualan ramai.

Lebih menghangatkan keadaan apabila Sarah mengambil keputusan untuk menyaman ‘orang ketiga’ yang menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar kerana sudah berlebihan.

Biarpun selama ini memilih untuk mendiamkan diri, Syamsul ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro tidak menafikan sudah penat dengan apa yang sedang berlaku dan hanya mampu reda.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui membuat kesilapan dalam hidup dan tidak akan sesekali mengatakan dirinya baik. Malah, Syamsul akur dengan kehidupan yang dilaluinya kini.

Susulan banyak isu yang diselumbungi Syamsul ketika ini, kebanyakkan netizen meninggalkan pandangan serta kritikan terhadap dirinya.

Sumber : Beautifulnara

Dalam pada itu, Ini update IG Story miliknya undang tanda tanya,

Nama pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan selepas mendkwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini pelakon wanita itu memfailkan sam4n kepada lra Kazar dan orang ketiga tersebut diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk tidak menganggu Puteri Sarah di media sosial.

Terbaru, ketika siaran langsung (live) di laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana diajukan soalan cepumas oleh rakan artis iaitu Nad Zainal mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga dalam dunia realiti.

“Kalau dia (Ira) datang secara baik dan minta izin nak jadi yang kedua, Mu (Sarah) okey ke tak?”tanya Nad Zainal.

Jawab pelakon berusia 37 tahun itu, sekiranya Ira Kazar tampil bersemuka dengannya secara baik pada empat tahun lalu, berkemungkinan dia boleh mempertimbangkan.

View this post on Instagram

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

“Kalau awal-awal dia buat macam tu..mungkin aku marah. Mungkin akan pertimbangkan. Tapi awal-awal kau dah buat macam-macam, serang mak mentua aku.

“Selepas kena block dengan mak mentua aku, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda”luah Sarah dengan nada kesal.

Menurut Puteri Sarah, dia turut mengatakan ramai warganet mempertikaikan dirinya menolak dan menghalang suaminya, Syamsul Yusof daripada berpoligami

Pun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tidak kisah sekiranya berpoligami namun biarlah faham erti tersebut.

“Semua orang kata saya halang poIigami. Rasulullah SAW (Nabi Muhammad) sendiri berkahwin lain selepas kewafatan Siti Khadijah. Para lelaki di dalam ini (Instagram) tolong dengar baik-baik.

“Rasulullah tak suka Fatimah az-Zahra (anaknya) dimadukan. Jadi korang baca dulu dan fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat. Lagi satu, kalau lelaki nak berpoligami cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik.”terangnya.

Dalam masa yang sama, Puteri Sarah meluahkan kehairanan apabila dikacau oleh pihak ketiga seolah-olahnya dirinya merupakan orang luar.

“Sepatutnya, saya yang pergi hentam, ganyang dia. Tapi, dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ini sudah terbalik,”ujar Puteri Sarah.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. Malah, Puteri Sarah sendiri mengakui dirinya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sumber : OMM

“Bagus Sarah ni tk burvk kan nama suami dia” Netlzen prasan sesuatu semasa temu ramah Puteri Sarah

Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana memberitahu dirinya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang telah menganggu rumah tangganya selama ini. Menurut siaran langsung Harian Metro, selebriti berusia 36 tahun nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga seperti yang dimaklumkannya sebelum pergi menunaikan umrah bulan lalu.

Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu mengatakan tindakan saman ini adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya setelah empat tahun memendam perasaan.

“Empat tahun saya berdiam diri untum bagi dia peluang. Kalau boleh saya tak nak selesaikan masalah ini di mahkamah dan biarkan satu Malaysia tahu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.