“Saya baik dengan puteri sarah” Pelakon lelaki buat laporan lepas tular gambar ini

Tular di aplikasi kTok baru-baru ini gambar lama menunjukkan lra Kazar bersama pelakon, Hanis Kamal Bakar selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun.

Gambar itu dimuat naik dengan ‘hashtag’ #HanyaMerekaYangTahu dan netizen telah membuat spekulasi bahawa Ira Kazar merupakan bekas kekasih Hanis.

Akui pelakon itu, dia tidak tahu menahu tentang gambar itu yang ditularkan sehinggalah ada individu yang meninggalkan komen ‘Woi ex Ira’ ketika sesi ‘live’ di TlkTok.

 

Bukan itu sahaja, adik iparnya juga telah berkongsi dengannya akaun sebenar yang memuat naik video dan gambarnya bersama Ira Kazar.

Hal ini amat membimbangkan kerana secara tiba-tiba saya terlibat dengan Ira. Ya, saya baik dengan Uncle Kazar dan kenal Ira sejak kecil.

Dan dalam masa sama saya juga baik dengan Puteri Sarah. Jadi, saya tidak mahu r0sakkan hubungan dengan kedua belah pihak.”

 

Disebabkan itu, Hanis dan isterinya telah membuat laporan poIis untuk melindungi keluarga, karier dan bisnes mereka kerana perkara yang tersebar itu mendatangkan fitnah buatnya.

Jelasnya lagi, dia meminta pemilik akaun tersebut untuk memadamkan video itu atau jika tidak dia akan rujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber : beautifulnara

Faghirah Fatini Kazaruddin tldak boleh ganggu puteri sarah arahan mahkamah

Wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, lraKazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan k,es di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad pada Isnin.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (lra Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.”

 

“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurutnya lagi, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan k,es seterusnya. Dalam pada itu, peguam itu juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi.

Antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga k,es perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” katanya. Sebelum ini plaintif telah mendapatkan perintah interim injuksi tersebut.

Permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya. Sementara itu ketika ditanya, sama ada kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik, peguam berkata setakat ini kedua-dua pihak belum lagi ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu. “Kita bukan arr0gant, jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” jelasnya.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abdul Latiff. Bagaimanapun dalam prosiding hari ini Puteri Sarah dan lra tidak hadir, hanya mewakilkan peguam masing-masing.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

“Soya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada ]umaat lalu,” kata Ammar.

Pada 30 Jun lalu media melaporkan Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di ]abatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada lra Kazar yang juga anak kepada pelakon vateran Kazar.

Kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya hari ini sekali gus memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.

Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan tersebut dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.