“Saya dah biasa orang panggil giIa..saya tk kisah” Syamsul Akhirnya buat pengakuan

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui dirinya sudah terbiasa apabila dilabelkan sebagai ‘gila’ di kalangan rakan produksi.

Menurut sutradara filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini, penolong pengarah yang bersama dengannya sejak dulu lagi turut mengatakan dirinya seorang yang giIa.

Mana tidaknya, pengarah berusia 38 tahun ini seringkali muncul dengan idea-idea yang tidak masuk akal.

Bagi anak kepada Datuk Yusof Haslam, tiada istilah ‘tak boleh’ dalam hidupnya kerana pada dirinya benda itu memang boleh dilakukan.

“Nak buat macam itu, macam ini. Kenapa tak boleh? Tak ada boleh, boleh buat. Memang saya macam tu,”ujarnya.

Pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata, seseorang pengarah perlulah komited dengan apa yang mereka hendakkan.

Akan tetapi, dirinya bukan seorang pengarah yang mahukan UFO dan ia wajib ada dan sebaliknya perlu mempunyai pelan seterusnya.

“Saya bekerja dengan apa yang ada dan semuanya perlu ada pelan B. Saya fikir juga mengenai bajet penerbit dan sebagainya.

“Menghasilkan filem bukan kerja main-main. Ini kerana apa yang kita hasilkan di lokasi mungkin akan menjadi sejarah,”terang Syamsul.

Menurut Syamsul, dia tidak mahu menyesal apabila ia sesuatu karya itu ditayangkan dan disebabkan itulah dia mahu menggunakan waktu yang sedia ada dengan sebaik mungkin walaupun tak sempurna.

Pada masa yang sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini mengatakan dirinya bukanlah seorang pengarah yang hanya tahu duduk di kerusi ‘pengarah’ sahaja, sebaliknya dia juga seorang yang bertanggungjawab menjaga skrip, ‘sound’, efek sehinggalah suntingan.

Malah, ia pernah menimbulkan pergaduhan bersama pihak produksi apabila Syamsul menegur cara yang dilakukan itu adalah tidak betul. Namun, teguran itu tidaklah bermaksud hanya dirinya sahaja betul.

Disoal lanjut, Syamsul tidak menafikan dirinya memang ‘mental’ dan ‘saklt jiwa’ ketika menyiapkan filem kerana ia membabitkan dirinya dengan semua peringkat.

“Saya tak boleh kalau ia disunting orang lain dan muziknya dibuat orang lain. Nama pun pengarah dan memang anda kena kawal semuanya. Malah, untuk filem Mat Kilau saya juga terbabit dalam pemasaran.

“Ketika penggambaran, saya juga mengendalikan kamera walaupun saya memiliki dua orang pengarah fotografi. Namun, mereka sudah faham dan biasa dengan cara kerja saya.

“Saya pernah ‘buang’ seorang pengarah fotografi kerana dia tak benarkan saya mengendalikan kamera. Itu memang cara saya terutama untuk babak aksi atau letupan.”ujarnya lagi ketika ditemu bual oleh Harian Metro.

Untuk makluman, filem Mat Kilau berjaya mengutip sebanyak RM61 juta selepas 17 hari ditayangkan di seluruh panggung wayang di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.