Berkongsi hadiah istimewa pada ulang tahun kali ini, wajah raja ilya pula jadi tumpuan ramai

Pelakon jelita, Raja Ilya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37, hari ini mendedahkan anak pertamanya, Talita sepatutnya berkongsi tarikh lahir yang sama.

Dia bagaimanapun tetap bersyukur apabila bersalin lebih awal 11 hari daripada tarikh jangkaan.

“My greatest birthday present of the year is my baby. We all born in the same monther.

@talitalovegarrett 1st July. Myself 11 July. @trentengarrett 17 July.

“Today is my 37 birthday, Baby talita supposedly due on my birthday, but I’m glad she came early otherwise we have to share our birthday,” kongsinya.

Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mendedahkan perkara itu menerusi satu perkongsian terkininya di Instagram.

Dia pada masa sama turut memberikan ucapan ‘sweet’ kepada suami, Trent Garrett.

“I’ve spend the most incredible 11 days being a mother and I love every beat of it. Ini birthday yang paling special untuk Ilya. My greatest gift @talitalovegarrett.

“Thank you husband @trentengarrett for this amazing gift, thank you for your endless love even someday muka koyak pun you still love me the same. Happy Birthday to all July babies.

“Thank you friends, followers and fans for all the beautiful wishes. Love y’all,” tulisnya lagi.

Terdahulu, bintang cantik itu yang kini menetap di Australia mendirikan rumah tangga bersama Trent Garrett pada Disember 2018.

Antara komen warganet :

Sumber : MH

Pelakon Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital King Edward, Perth, kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan, semalam.

Bayi diberi nama Talita Love seberat 3.6 kilogram (kg) itu dilahirkan secara pembedahan.

Raka Ilya bersyukur proses bersalin lancar, biarpun hasrat melahirkan permata hati sulungnya itu di dalam air, tidak kesampaian.

“Niat bersalin dalam air tidak kesampaian. Ini disebabkan kedudukan uri atau plasenta berada pada bahagian rahim yang bawah, iaitu berdekatan laluan serviks.

“Situasi kenali sebagai ‘placenta previa’ ini menghalang saya melahirkan anak secara normal. Apabila ini terjadi, bakal ibu seperti saya berisiko mengalami pendarahan ketika kehamilan.

“Jadi, sudah tentu, bayi perlu dilahirkan secara pembedahan. Pada masa sama, saya melalui pelbagai komplikasi. Tidak mengapalah, apa yang penting, anak saya lahir dengan selamat,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini.

Kehadiran Talita menjadi pelengkap kehidupan Raja Ilya atau nama sebenar, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad dan suami, Trent Garrett.

Pasangan ini sudah membuka akaun Instagram (IG) untuk Talita di bawah nama @talitalovegarrett.

“Impian bergelar ibu akhirnya jadi kenyataan. Moga Talita menjadi anak solehah yang dipenuhi dengan kasih sayang dan segala yang positif.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kelahiran anak sulung ini. Selepas ini, kenalah berpantang betul-betul sebab saya hendak kembali mendapatkan bentuk badan asal,” kata pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu.

Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.