“Muka mummy sangat” Ramai teruja, Sheera Iskandar berkongsi Nama dan wajah anak sulungnya

Pelakon Sheera Iskandar berkongsi nama puteri
sulungnya.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon Gerak Khas:
Undercover in perkongsian di Instagram yang dikemas kini.

Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra turut bersyukur kerana dapat meraikan Hari Raya Qurban bersama
keluarga kecilnya.

“MasyaAllah Tabarakallah, Alhamdulillah AidilAdha
pertama but Puteri Long Harissa. Salam AidilAdha
dari keluarga kecil kami; Harissa, Sheera dan
Halim.

 

“Baby Harissa suka senyum,” tulisnya yang
disertakan dengan foto dia memangku Harissa
bersama suami, Mod Halim Abdul Gani.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan
peminat turut menitipkan ucapan hari raya, selain
meninggalkan komen baik-baik buatnya seisi
keluarga.

 

Sebagai informasi, Sheera selamat melahirkan
anak perempuannya pada 22 Mei lalu.

Sumber :MH

SUAMI kepada pelakon Sheera Iskandar, Mohd Halim Abdul Gani mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat bersalin anak sulung. Berita gembira itu dimaklumkan menerusi satu posting berserta foto di akaun Instagram Sheera.

Walaupun Sheera bersalin pada Ahad namun pasangan ini mengambil keputusan untuk berkongsi momen terindah itu baru-baru ini.

“Bismillah, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Allah Maha Esa. Isteri saya, Sheera selamat melahirkan puteri kami, pada jam 7.31 malam, Ahad lalu,” tulis Halim.

“Jutaan terima kasih atas doa dan ucapan, terutamanya buat para petugas di PPUKM (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) kerana telah menjaga anak dan isteri saya dengan baik,” ucapnya.

 

Terdahulu, Sheera yang juga merupakan pelakon drama bersiri popular “Gerak Khas” ini mendirikan rumah tangga bersama Halim pada tanggal Mei lalu.

Sheera sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada hujung tahun 2018.

Sumber : awani

“Saya rasa bahagia kini sudah bergelar Ibu,” kata pelakon Sheera Iskandar yang selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Mei lalu, jam 7.30 malam.

Menurutnya, bayi yang dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.72 kilogram (kg) ini berada dalam keadaan sihat.

“Saya dinasihatkan untuk bersalin awal kerana air ketuban dah kurang. Saya masuk hospital pada 19 Mei tapi bayi tak nak keluar-keluar sampai Ahad.

“Doktor akhirnya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Alhamdulillah…tak ada komplikasi cuma lepas bersalin saya ada darah beku.

“Doktor juga sarankan saya untuk duduk hospital lagi, tapi saya minta balik kerana lama sangat dekat situ. Nanti kena pergi hospital lagi untuk ‘check up’,” katanya.

 

Sheera yang dibenarkan keluar pada Jumaat malam, kini menjalani proses berpantang di rumah sendiri.

“Suami (Halim) menjaga saya, masak makanan pantang dan lain lain urusan buat sementara waktu. Hari ini barulah

‘confinement lady’ akan datang bantu untuk jaga saya.

“Alhamdulillah…setakat ini anak kami pun tak banyak ragam. Kami belum sedia berkongsi gambar dan namanya lagi dengan peminat.

“Sebenarnya kami dah ada Instagram anak tapi diprivasikan, hanya sekadar untuk kenangan.

“Sekarang kan orang dah tak pakai album. Video pun boleh simpan kat situ,” katanya.

Sheera, 37, berkahwin dengan Mohd Halim Abdul Gani, 35, pada 3 Mei tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.