Kongsi Gambar Manis Keluar Berdua, Sekali ‘Capti0n’ Mak Mertua Puteri Sarah Tarik perhatian ramai

Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya.”

Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi temu bual dalam program Melodi hari ini, Fatimah turut menasihatkan individu yang mengganggu rumah tangga anaknya supaya bertaubat.

Lunch bersama menantu.. siap mention sekali isteri siapa. Melalui perkongsian terbaru di Instagramnya sebentar tadi, Datin Fatima Ismail sekali lagi mencurl perhatianramai.

Bukan setakat muat naik gambar memaparkan sedang makan tengahari bersama, beliau turut maklumkan dengan jelas bahawa Puteri Sarah masin lagi merupakan isteri kepada aak sulungnya.

Tudia mother in law yang supportive & memahami keadaan menantu…cakap jelas dah tu, kalau tak reti lagi tak taulah.

Menjengah ke ruangan komen, Puteri Sarah tidak ketinggalan membalas dengan respon sayangkan ibu mentuanya juga. Walaupun kapsyennya ringkas sahaja, namun netizen seakan-akan tahu posting tersebut ditujukan kepada siapa.

Dalam pada itu, mereka turut memuji Datin Fatimah kerana menjalin hubungan balk dengan menantunya selain diharapkan ikatan keluarga mereka sentiasa bahagia.

“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah.

“Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka,” katanya.

Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.

“Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada maruah diri,” katanya.

Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu.

“Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya,” katanya.

Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak.

“Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas doa keluarga dan netizen yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula,” katanya.

Sarah juga tidak menafikan bahawa perpisahan sementara dengan suaminya itu adalah waktu terbaik untuk mereka bermuhasabah diri.

“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya.

“Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.

“Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” katanya.

Terbaharu, Sarah bakal muncul menerusi drama bersiri Sabarlah Duhai Hati yang akan mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan ini.

Sumber : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.