‘Nak Tunggu Sampai Bila’ Mat Kilau Dh Kutip RM71 Juta. Sekali Syamsul Yusof Tk Puas Hati Dgn FlNAS

” Saya kcewa dengan Finas..”

Itu kata-kata Syamsul Yusof, 38, yang kecewa dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianggap tidak memperjuangkan masalah cetakRompak dan hak cipta kerana masih terdapat filem ‘bocor’ di media sosial.

Menurut Syamsul yang juga pengarah filem paling laris tanah air iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, perkara itu adalah isu utama yang membelenggu penerbit dan industri penerbitan filem dan drama tanah air.

” Terlalu banyak isu dalam industri filem ini yang entah kenapa pengerusi Finas terdahulu, malah ada yang sebelum ini terbabit dalam industri filem, tapi tidak memperjuangkan masalah atau isu besar dalam industri ini.

” Saya memang kecewa. Sebelum nak cakap masalah cukai, masalah nombor satu dalam industri perfileman kita adalah masalah cetakRompak dan hak cipta.

” Seharusnya Finas memberitahu kerajaan supaya menggubal undang-undang berkenaan hak cipta filem, TV dan macam-macam lagi,” katanya.

Finas nak tunggu apa lagi?

Syamsul berkata, ketika ini kita berada di era media sosial yang begitu drastik dengan adanya YouTube, TikTok dan banyak lagi.

Sehubungan itu, Syamsul berpendapat kerajaan harus menggubal satu lagi undang-undang baru yang lebih ketat untuk melindungi hak cipta penerbit merangkumi filem dan drama.

” Sekarang ini drama TV pun sudah dicuri dan dimuatnaik secara haram di media sosial.

” Finas nak tunggu apa lagi? Adakah nak terus menunggu dan melihat penerbit di Malaysia ini menanggung kerugian? Sampai bila? Sampai industri perfileman Malaysia m4ti?

” Ini kerana undang-undang yang ada sekarang ini tidak ketat dan harus diperhalusi sesuai dengan zaman sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Finas hanya berdiam diri, tak buat apa-apa

Menurut Syamsul, undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan industri penerbitan Malaysia terus berkembang.

” Apabila ada filem-filem bocor, apa saya perasan Finas macam diam saja, seolah-olah macam langsung tidak mempedulikan.

” Apabila ada sesebuah filem dan drama keluar di TikTok, Finas hanya berdiam diri, tak buat apa-apa, hanya membiarkan nasib pembikin filem Melayu.

” Tidak membela, tidak berjuang dan berusaha bersama-sama menangani isu hak cipta ini.

” Ini sangat penting untuk industri. Sebab itu saya bercakap soal ini, untuk jangka masa panjang.

” Kalau Finas bagi tahu kepada kerajaan apa perlu dibuat, apa undang-undang perlu digubal semula, ia boleh mengubah sejarah. Kalau tak kita takat ini saja,” katanya.

Sementara itu, Syamsul turut bercakap berkenaan isu cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan.

Kata Syamsul, dia bersetuju dengan pendapat diberikan pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki yang menyeru pihak bertanggungjawab untuk melihat semula cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan oleh pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan.

Menurut Afdlin, cukai hiburan yang dikenakan sehingga 25 peratus dan caj 50 peratus yang dikenakan oleh panggung wayang membebankan pihak pembikin filem dan penerbit.

Syamsul berkata, isu berkenaan juga satu sebab kenapa industri filem Malaysia tak berkembang.

” Apabila penerbit tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya, jadi amat susah industri ini nak berkembang hingga tidak mewujudkan peluang pekerjaan.

” Filem ini sukar menjadi sebuah industri. Kita nak sebut industri filem pun payah sebab boleh dikira dengan jari berapa filem saja yang berjaya di pawagam.

” Apatah lagi filem yang mendapat kutipan rendah. Bayangkan apalah nasib penerbit itu. Jadi memang kasihan.

” Saya bersetuju dengan pendapat Datuk Afdlin Shauki.

” Perkara itu pihak kerajaan seharusnya perhalusi kembali mengenai cukai terlalu tinggi dan hal pawagam tersebut. Tiada orang boleh ubah perkara ini kecuali kerajaan,” katanya.

Sumber:HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.